Part 56

1K 69 5
                                    

BALKONI bilik menjadi tempat di mana dia menenangkan perasaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BALKONI bilik menjadi tempat di mana dia menenangkan perasaannya. Jiwanya kosong tanpa Aryan disisi. Sememangnya Aryan tidak akan pernah meninggalkan dia keseorangan namun lain pula sekarang.

Setelah tiga hari berada di hospital, doktor membenarkan Cara untuk pulang dan sambung berpantang dirumah. Sejak pagi lagi Nenek Kina selaku doktor peribadinya sudah menjaganya.

"Tengok apa kat luar tu sayang?" soal Nek Kina yang baru masuk ke dalam bilik Cara.

"Tak ada apa lah nek.." senyuman nipis terukir. Siapa sangka dia berpantang tanpa suami di sisi. Mujur saja mentalnya kuat untuk menghadapi ujian daripadaNya.

"Nenek tahu Cara rindukan suami Cara kan? Cara kena kuat. Kena percaya dengan
Qada' dan Qadar Allah. Masa berpantang ni Cara tak boleh lemah-lemah tau nanti kesihatan kamu tu yang terjejas. Suami Cara pun tak suka kalau tengok Cara sedih.." bahu Cara diusap lembut oleh Nek Kina.

"Nenek nak tahu tak? Cara ada mimpi Aryan. Dia pesan dekat Carl jangan biarkan air mata Cara jatuh. Tapi kenapa dia tak ada dengan Cara?" nafas dihela perlahan. Matanya yang berair tidak dihiraukan.

"Lagi lagi time Cara tak kuat macam ni." sambungnya lagi.

"Mungkin ada hikmah disebalik itu. Tak lama lagi Aryan balik la.." ujar Nek Kina untuk menyejukkan perasaan Cara walaupun dia sudah tahu apa yang terjadi. Namun disebabkan Carl memintanya untuk berdiam diri, maka dia terpaksa menipu Cara.

Raut wajah Cara ketika itu tampak kecewa. Namun dia masih mengukirkan senyuman nipis kepada Nek Kina.

"Sudahlah tu nak..Nenek ada bawakan Cara bubur ni. Cara makan tau?" penuh kelembutan nadanya ketika itu.

Dia sekadar mengangguk tidak mahu membantah. Keadaannya masih lemah dan disebabkan itulah dia memerlukan khidmat Nenek Kina sepenuhnya.

-

LANGKAH diatur penuh berhati-hati untuk menuruni tangga. Dia ingin mengambil angin di kawasan kolam rumah Aryan.

"Ehh nak pergi mana tu?" tiba-tiba sahaja dia ditegur Ray.

"Cara nak pergi kolam." pandangannya masih kebawah supaya langkahnya tidak terpesong dari tangga tersebut.

"Cara tak sihat lagi kan..Kaki pun berstokin lagi tu. Licin la nanti." Ray bersikap prihatin. Risau akan keadaan Cara yang masih lemah lagi.

"Takpelah Cara bosanlah asyik stay dalam bilik je." bibir Cara dicebikkan. Tak ada lah bosan sangat tapi dia asyik teringatkan Aryan apabila berada di dalam bilik mereka.

"Yelah jom aku bawakkan." Ray terus memimpin Cara ke kawasan luar kolam sebelum duduk di atas kerusi.

Cara hanya mengukirkan senyuman pada Ray tatkala dia beredar meninggalkan Cara disitu.

Sejak dari kejadian itu, Ray tidak pernah berkasar dengannya jauh sekali ingin mengejeknya seperti selalu. Terasa pelik juga la kenapa tiba-tiba sahaja Ray berubah 360 darjah.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now