Part 23 : Something

1.3K 75 2
                                    

PADA pagi itu, seperti yang dikatakan Aryan, dia yang akan menghantar Cara pergi ke University

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA pagi itu, seperti yang dikatakan Aryan, dia yang akan menghantar Cara pergi ke University.

"Aku taknak kau jalan sorang-sorang, mesti kena ada Bella. Lepastu kalau nak keluar dari University, wajib bagitahu aku. Lepastu lelaki-lelaki yang selalu kacau kau tu aku nak kau jauhkan diri. Understand?" panjang berjela Aryan memberi pesanan pada Cara apabila sudah sampai di luar University.

"Awak jangan risau, sebelum ni kan saya okay je. Saya kan isteri Aryan Herriez yang kuat!!" ujar Cara untuk menenangkan hati Aryan. Entah apa yang dirisaukan.

"Sebelum ni lain. Sekarang lain."

"Iyelah husband." Cara mengambil tangan Aryan untuk bersalaman. Sejurus itu kepalanya ditarik dan dahinya dicium sekilas.

"Ish awak ni orang tengok la. Dahla nampak kelibat awak kat sini pun dia orang takut." jujur Cara sambil memandang sekeliling.

"Biarlah dia orang tengok. Baru dia orang tahu kau tu isteri aku. Confirm tak berani kacau dah."

"Iyelah bye bye husband. Takecare dekat Office." Cara melambaikan tangan pada suaminya ketika dalam perjalanan masuk ke University.

-

"ASSALAMMUALAIKUM BESTFRIEND SAYA!" jeritnya sengaja nak cari pasal dengan Bella.

"Waalaikummusalam ish kau ni nasib baik aku takde barah jantung tau!" rengeknya sambil menampar lengan Cara.

"Aduh sakitlah Bella. Ni kenapa selamber beruk je masuk kelas lambat? Miss Aeva punya kelas kan." soal Cara pelik.

"Lah kau ni tak tengok whatsaap ke? Miss Aeva emergency lepastu dia cancel class." jelas Bella sambil menghirup Espresso yang dibeli.

"Kau ni lupa ke? Aku punya telefon kan rosak. Ni pun Aryan yang bagi." Terus Cara membawa keluar telefon bimbitnya dari poket seluarnya.

"Wow! Iphone latest tu babe."

"Ish jangan mengarut la Bella!" Bella hanya tergelak kecil mendengarkan respon kawannya itu.

"Patutlah aku jumpa kau kat Cafe ni. Mulanya aku datang sini sebab nak belikan Espresso untuk kau. Tapi kau dah minum la pulak." ujar Cara sengaja mahu menguji Bella.

"Alaaa petang nanti kan boleh?" Bella dengan Espresso memang betul-betul tidak dapat dipisahkan.

"Iyelah. Aku nak beli makanan jap tau." lantas Cara bangun dari tempat duduk untuk menuju ke bahagian roti.

"Hey sweetie! Long time no see you."

"You? Stupid man!" terus dia memaki Lucas apabila teringatkan kejadian malam itu. Kejadian yang hampir meragut maruah Cara.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now