Part 12 : Imamku

2.3K 134 6
                                    

KELIHATAN tombol pintu bergerak tanda Aryan hendak memasuki bilik tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELIHATAN tombol pintu bergerak tanda Aryan hendak memasuki bilik tersebut. Cara masih terduduk di hujung katil tidak menahu apa yang patut dia lakukan. Biasalah umur baru mencecah 20 tahun dah jadi isteri orang.

"Yes tesoro? Kenapa belum mandi lagi ni?" soal Aryan sambil mengambil langkah menuju ke katil mereka.

"Sa..saya tunggu awak." terus sahaja tangannya menutup mulutnya. Kenapa pergi cakap macam tu ish!

"Why? Nak mandi sekali ke?" senyum sinis dipamerkan.

"Noooo!! Saya..saya tak tahu. Awak mandi la dulu." memang tak la dia nak mandi sama-sama.

"Pergi mandi dulu. Kejap lagi solat magrib sama-sama."

"Tak apa lah..awak mandi la dulu." Sejujurnya Cara malu mahu membuka baju nikahnya kerna dia tahu semua itu perlu dilakukan oleh Aryan.

Sebab baju dia susah nak buka okay!! Tepuk dahi karang.

"Jangan sampai aku yang mandikan kau. Meh sini aku tolong buka kan." pelawa Aryan setelah memahami riak muka isterinya itu.

"Eh takpe lah saya boleh buat sendiri." Hakikatnya nanti merana la kau berjam-jam Cara.

Aryan terus menarik Cara tanpa kata-kata dan terus mencabut jarum peniti yang diletakkan untuk mengelakkan crown bergerak. Perlahan-lahan sehingga sampai masanya tudungnya pula dicabutkan.

Aryan menguraikan rambut Cara. Dia memusingkan tubuh Cara untuk menghadap dirinya.

"Gorgeous Angel."

Secara tidak langsung, Cara tidak dapat mengawal perubahan riak wajahnya.

"Jangan risau. Aku tahu kau belum bersedia." Aryan terus sahaja membuka zip baju Cara.

"Go." arah Aryan.

Cara berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Tidak tahu la berapa lama dia berada dalam bilik air. Sebab dia terlupa untuk mengambil bajunya terlebih dahulu. Memang tidak la dia nak keluar dengan berkemban macam ni.

"Useless Cara! Lepastu macam mana kau nak pakai baju." adu Cara.

Dia mendengar seseorang seperti baru keluar daripada bilik. Jadi dia mengambil kesempatan itu untuk keluar mengambil baju namun misinya tidak berjaya seperti yang disangkakan.

Rupa-rupanya Aryan sedang selesa berehat di atas katil menunggu dia.

"Why so rushing tesoro hm?" tegur Aryan. Matanya meliar melihat tubuh Cara.

"Tak tak saya nak ambil baju." Cara terus berlari mengambil baju dan menuju ke bilik air.

"Pakai jelah dekat sini. Aku ni husband kau bukannya orang lain."

"Aaa..Hmm..Tak pe la saya macam tertinggal something dalam bilik air." bohong Cara.

"Are you trying to escape? Huh?" Aryan lebih cekap menangkap.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now