Part 55

1K 60 9
                                    

PINTU bilik hospital ditenung oleh Carl dan Ray

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU bilik hospital ditenung oleh Carl dan Ray. Mereka terus membawa Cara ke hospital setelah dia pengsan. Perasaan risau membuak-buak di dalam diri mereka.

Sedari tadi berita tentang Aryan masih belum diterima oleh mereka.

Selang beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Cara keluar dari bilik wad tersebut. Carl dan Ray dengan pantas mengorakkan langkah ke arah doktor.

"Is Cara okay?" Carl terlebih dahulu menyoal.

"Who is her husband?" doktor itu memandang mereka berdua berulang kali.

"We are her bodyguard. Her husband is not here but you can tell us what happened." terus sahaja Carl menjawab.

"I'm so sorry to say this.." bahu Carl ditepuk perlahan.

"What is that supposed to be mean?" Ray terus mencelah.

"We failed to save the child. But don't worry the mom is in the good condition. She needs more rest from now because of a miscarriage ." ujarnya penuh kecewa.

Serentak dengan itu, Carl dan Ray tergamam. Mereka berdua saling memandang. Jadi selama ini Cara sedang mengandungkan anak Aryan.

"Child??" Ray menyoal ingin kepastian.

"Yes sir. It's been 3 weeks."

Mereka berdua diam tidak berkutik. Terbit rasa kecewa kerana merasakan ini semua berpunca daripada kecuaian diri mereka sendiri.

"May I go now? You can call me if anything happened." dia mengusap bahu mereka berdua sebelum beredar meninggalkan mereka.

"Ini semua salah aku Ray."

"Tak..Salah aku juga..Tak jaga Cara betul-betul.." Ray membidas tanpa mengendahkan kata-kata Carl.

"What if Aryan tahu? Mesti dia kecewa dengan kita. Silap-silap hari ni hari terakhir kita." nadanya sedikit kecewa. Sungguh dia tidak percaya.

Semua ini terjadi sekaligus. Disaat Cara dan Aryan bahagia di siang hari namun kepekatan malam sentiasa menunggu untuk menghancurkan mereka. Sama seperti malam ini.

"Aku taktahu nak hadap Cara macam mana. How we gonna tell her about her child? And Aryan.." muka Carl diraup kasar. Serabut memikirkan perkara ini.

"Aku taktahu Carl. Aku taknak semua ni!" kerusi hospital ditumbuk oleh Ray. Dia sudah tidak menghiraukan sesiapa yang lalu-lalang di situ.

Akhirnya, mereka berdua terduduk tatkala minda asyik memikirkan apa yang patut dilakukan.

-

"I'm sorry dolce cuore. Ti amo tanto. Ecco perché devo sacrificare la mia vita per te."

Suara itu terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran Cara. Walaupun tidak difahami olehnya, dia masih merasakan perkataan itu mempunyai beribu makna. Cara memaksa dirinya untuk bangun.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now