Part 37 : She left

1.2K 86 2
                                    

The prophet (صلی اللہ علیہ وسلم)
Said: "Among the Muslims, the most perfect as regards his faith is the one whose character is most excellent and the best among you are those who treat their wives well."

MALAM itu, Cara hanya merenung langit malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM itu, Cara hanya merenung langit malam. Dia melihat bulan purnama bersama dengan bintang-bintang yang mengelilingi bulan. Bulan itu kelihatan bersinar bersama bintangnya.

"Aku adalah bulan tu. Dan kau Estella, kau bintang."

"Aku adalah bulan yang takkan bersinar tanpa bintang-bintang. Without you, I'm just nothing."

Ingatannya berbalik pada saat mereka berdua meluangkan masa di pantai ketika berada di Santorini. Matanya yang bengkak itu sudah tidak mampu mengalirkan air mata.

Andai dapat diundurkan kembali masa itu, sudah lama dia lakukan. Andai kata kebenaran itu masih tersimpan elok, akan dia biarkan kebenaran itu terkubur.

Bella yang menyedari Cara masih merenung langit malam pada cermin tingkap itu terus menegurnya.

"Kau nak air apa-apa tak? Aku boleh buatkan." soal Bella namun masih tiada jawapan.

"Cara?" masih lagi tiada jawapan.

"Cara Estella." Bella terus memegang bahu Cara setelah panggilannya tidak dipedulikan.

"Hah? Kenapa Bella?" terus sahaja pandangan diberikan pada Bella.

"Kau tak dengar ke?" Cara hanya menggeleng.

"Kau okay tak ni?" kenapa la dia pergi tanya soalan sebegitu. Sudah tentu la Cara tak okay.

Soalannya dibiarkan begitu sahaja. Cara masih lagi mengelamun.

"Haih Cara kau jangan macam ni. Aku tahu benda ni masih baru untuk kau tapi kau kena lawan perasaan kau. Jangan biar dia control diri kau." tangannya melingkari bahu Cara. Dia perlu menguatkan semangat Cara.

"Tak sangka kan? Dulu aku bahagia lepastu kebahagiaan aku lenyap macam tu je." ujar Cara yang masih mengelamun itu. Pandangannya hanya setempat sahaja seperti patung yang heartless.

"Hidup kita ni takkan bahagia selalu. Tapi percayalah selepas hujan pasti ada pelangi. Aku yakin selepas ini kau akan jumpa kebahagiaan kau sendiri." tangannya mengusap belakang Cara.

"Kebahagiaan aku hanya dia." jawabnya ringkas.

"Jadi biarlah masa yang menentukan segalanya. Kau akan bahagia dengan dia tapi bukan sekarang." ujar Bella lagi.

Aryan memang menyayangi Cara dengan sepenuh hatinya namun takdir mereka tidak seindah kisah cinta mereka.

"Thankyou Bella. Kau selalu ada dengan aku. Tak kisah la time aku sedih or happy but you always be there beside me like this." terus sahaja dia memeluk tubuh Bella. Dia rindukan sahabat dia.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now