Part 60

1.6K 68 14
                                    

ANGIN malam menerpa wajah Cara yang meluangkan masa di balkoni bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANGIN malam menerpa wajah Cara yang meluangkan masa di balkoni bilik. Bulan pada malam itu kelihatan mengambang penuh.

Sudah seminggu sejak kepulangan ayahnya. Ayah sedikit sebanyak memulihkan hatinya yang terluka walaupun sakit yang dirasai tidak akan pernah pulih sepenuhnya. Namun dia tetap bersyukur.

Mungkin ini semua takdir Allah SWT. Terima kasih buat Allah SWT kerana telah menjaga ayah dari jauh. Dan buat Aryan, tanpa dia sedar Aryan telah melakukan ihsan terbesar di dalam kehidupannya.

'Terima kasih sayang..Your angel will follow you slowly till we meet again in another world.'

TOK! TOK!

Lamunannya tersentak. Pandangan dipalingkan ke arah pintu. Kelihatan figura ayah yang berdiri di sebalik pintu biliknya tersebut.

"Boleh ayah masuk?" penuh kelembutan Nuk Hakeem meminta izin.

"Eh boleh lah takkan tak boleh pulak." Cara tergelak kecil melihatkan telatah ayahnya. Padahal dulu ayah lah yang selalu memasuki biliknya seperti penjenayah.

"Mana la tahu Cara tengah busy ke.." ujarnya sebelum pintu bilik dikatup perlahan.

"Yelah ayah. Busy melayani perasaan." senyuman nipis dipamer.

"Haih mula lah tu. Tak baik tau senyum tak ikhlas." kening Nuk Hakeem dikerut tatkala tangannya naik mencubit pipi anaknya.

"Werk..Cara dah tak ada isi dah dekat pipi." sempat Cara menjeling Nuk Hakeem.

"Cara nak tahu tak?" satu soalan diutarakan oleh Nuk Hakeem.

"Apa apa? Nak tahu!" penuh teruja Cara ingin mengetahui.

"Ada syarat.." nadanya meleret.

"Apa ayah ni..Apa syaratnya?" soal Cara ingin tahu.

Nuk Hakeem sengaja memincingkan kedua matanya.

"Ish ayah.." bibir Cara dicebik. Boleh pula ayah mengusiknya.

"Ha macam ni lah anak ayah. No more muka sedih sedih." senyuman lebar dihadiahkan tatkala matanya menangkap mata anaknya yang dipenuhi dengan kesedihan.

"Mana ada Cara sedih. Cara kan isteri Aryan. Kenalah kuat." dadanya terasa seakan dihiris ketika mengujarkan itu.

'Rindu pada orang yang sudah tiada amatlah menyakitkan.'

"Sebelum ni kan..Aryan selalu sangat cerita pasal Cara. Aryan cakap Cara ni degil tapi dia selalu cakap Cara ialah isteri yang sangat baik. Setiap kali Aryan bercerita, pasti sahaja akan ada ayat 'Estella my darling memang isteri yang sangat baik'." jelas Nuk Hakeem tatkala tangannya mencapai tangan Cara.

"Ayah ingat lagi waktu Aryan gelabah sebab Cara semakin garang. Sampai takut Aryan dibuatnya. Waktu tu rasanya Cara dah mengandung sebab sikap Cara memang berubah 360 darjah. Aryan selalu minta tips kat ayah macam mana nak layan singa yang sedang lapar ni." Nuk Hakeem tergelak kecil.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now