Part 26 : Odiare

1.1K 64 1
                                    

CARA menuju ke bilik gym Aryan setelah melihat office Aryan hanya sepi

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

CARA menuju ke bilik gym Aryan setelah melihat office Aryan hanya sepi.

Ketika pintu besar itu sudah dibuka, Cara melihat Aryan yang sedang bersenam itu hanya memakai joggers. Belakang tubuhnya menghiasi mata Cara.

"Awak?" Cara terus menegur Aryan yang sedang mengangkat barbell tersebut.

"Keluar Estella." ujar Aryan tanpa menoleh ke belakang untuk memandang Cara.

"Awak okay?" Cara menyoal tanpa mengendahkannya setelah melihat tangannya dipenuhi darah.

"Aku kata keluar Estella." Masih lembut suaranya.

Cara mendekati Aryan. Dia melihat Aryan mengangkat barbell tersebut berulang kali dengan pantas seperti tiada beban pada benda itu lalu Cara menyentuh bahu Aryan.

"Sa-"

"Get the fuck out Estella!!" Cara tersentak mendengar jeritan Aryan.

Dia terus berlari menuju ke bilik dan memanjat terus ke atas katil tanpa sempat membuang shawlnya.

Semakin lama semakin laju Aryan mengangkat barbell tersebut manakala Cara pula menangis teresak-esak di atas katil apabila Aryan menengking padanya. Aryan tidak seperti dulu.

-

APABILA amarahnya sudah sedikit berkurang, Aryan terus menuju ke bilik. Dia melihat Cara yang berbaring pada tengah katil itu sudah dihanyutkan oleh mimpi.

Aryan mencabut tudung Cara yang masih terletak elok di kepala isterinya itu. Hoodie dan seluar slack yang dipakai pada tubuh isterinya Aryan buka. Dia hanya mencapai kemeja putih miliknya untuk disarungkan pada tubuh Cara.

Aryan mengangkat Cara untuk membetulkan posisi tidurnya.

"Emmm." Cara merengek namun Aryan hanya mengabaikannya.

Cara merasakan seseorang telah mengangkatnya. Terus dia mencelikkan mata. Cara melihat wajah Aryan yang jaraknya begitu dekat dengannya.

"A-Awak?" Tangan Cara terus melingkari leher Aryan. Dia membenamkan wajahnya pada dada Aryan yang masih berpeluh itu. Tidak mahu Aryan melepaskannya.

"I'm sorry dolce cuore. I didn't mean to hurt you." Aryan menarik duvet sebelum membaringkan Cara.

"Taknak Aryan. Jangan lepas." Cara menghalang perbuatan Aryan. Malah dia mengetatkan pelukan pada leher Aryan. Mukanya masih dibenamkan dek kerana tidak mahu melihat Aryan.

Aryan melabuhkan punggung pada penjuru katil. Cara masih tak lepas.

Melihatkan Cara sebegitu, Aryan menunduk lalu satu kucupan singgah pada pipi Cara. Namun Cara masih tidak memandangnya.

Setelah itu, Aryan mengemaskan rambut Cara yang menutupi leher jinjangnya dan kucupan hangat singgah pada leher Cara. Lama.

"Hmm no Aryan." terus sahaja Cara menghalang perbuatan Aryan.

Mrs. Aryan Herriezजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें