Part 30 : Youre Mine

1.4K 78 2
                                    

Empat bulan berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Empat bulan berlalu..

KEHIDUPAN Cara bahagia selama 4 bulan ini. Aryan melayannya seolah-olah dia merupakan Princess nya. Selama 4 bulan ini juga, Aryan tidak pernah menjadi Aryan yang menggerunkan seperti dahulu. Mereka bahagia. Sangat.

MALAM itu, Cara yang baru sahaja keluar dari bilik air terus matanya tertangkap pada satu nota yang ditinggalkan Aryan di atas meja solek.

You're not my Princess. You're my queen. Wear nice clothes and wait for me in front of the lift.

Macam mana Aryan boleh baca fikirannya? Terus sahaja Cara bersiap dengan memakai baju kemeja berwarna nude bersama dengan seluar slack hitam. Tudung shawl coklat pekat dia capai.

Setelah puas menilik wajahnya di cermin, Cara terus keluar dari bilik dan menuju ke lif. Lif yang dikatakan Aryan itu tidak pernah dia nampak sesiapa menggunakannya. Jadi apa kegunaan lif ini?

"Kau gorgeous darling.." Dari belakang Cara terdengar suara garau menegurnya.

"Hmm Aryan?" Cara menilik penampilannya atas bawah. Aryan memakai baju kemeja putih bersama dengan seluar slack hitam. Mungkin baru balik kerja?

"Jom.." Aryan menyuakan tangannya lalu terus dicapai oleh Cara.

"Aku tahu kau mesti tertanya lif ni untuk apa."

"Macam mana awak tahu?"

"I can read your face tesoro."

"Eish awak ni..Cepat bagitahu."

"Lif ni hanya menuju ke satu tempat. Aku je yang boleh buka lif ni tapi sekarang kau pun berhak untuk buka." ujar Aryan. Ya benar hanya Aryan yang boleh masuk ke dalam lif tersebut kerana lif ini hanya boleh dibuka dengan imbasan fingerprint.

"Kenapa pula?" soal Cara. Aryan memegang dagu runcing Cara dan didongakkan supaya Cara dapat memandang wajahnya.

"What's mine is also yours darling.." Suaranya penuh menggoda. Tiba-tiba lif berbunyi tanda mereka sudah sampai di atas.

Pintu lif yang menampakkan luaran itu terbuka. Mata Cara menangkap meja makan yang sudah dihiasi cantik di sebelah kolam renang. Seperti candle light dinner. Tempat ini sungguh cantik.

"So beautiful la sayang.." tangan Aryan diusap lembut oleh Cara.

"Aku dah lama tak bahagiakan kau. Kau pun tahu aku busy. Kena ulang-alik Italy."

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now