Part 39 : New York

1.1K 81 4
                                    

HARI ini merupakan hari di mana Cara bakal meninggalkan negara United Kingdom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini merupakan hari di mana Cara bakal meninggalkan negara United Kingdom. Negara yang banyak menciptakan kenangannya bersama Aryan sekaligus bersama kawan-kawan Universitynya.

Tipu lah kalau dia kata dia tak sedih. Sepanjang malam dia berfikir, betulkah apa yang dia bakal lakukan? Namun dia hanya tekad untuk serahkan semuanya pada Allah SWT kerana kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukannya.

SUDAH hampir 4 jam Cara berada di dalam flight untuk ke New York City. Bella sudah lama pulang ke Malaysia sejak dari semalam. Banyak pesanan yang diujar olehnya sebelum dia berlepas malam semalam.

"Jaga diri elok-elok tau dekat sana. New York tu bandar besar tau lepastu kau pulak sorang-sorang so kau kena jaga diri kau untuk Aryan okay? Kalau kau sedih, kau kena ingat yang aku selalu ada dengan kau. Walaupun kita jauh dan perbezaan masa yang sangat ketara, kau kena always tahu yang aku akan ada je dekat tepi kau tengah comfort kau."

"Nanti sampai je New York kau call aku terus eh? Tak kesah la pukul berapa pun nanti aku terus angkat call kau. Aku sayang sangat dekat kau nanti ada masa aku melawat kau tau!"

"Remember you're a strong woman. Allah will ease everything for you Cara."

Bukan mudah untuk dia melepaskan sahabatnya pergi begitu sahaja. Namun Allah hanya meminjamkan Cara buat dirinya untuk sementara waktu. Hubungan mereka tetap kekal walaupun berjauhan.

-

SETELAH 8 jam berada di dalam flight, dia kini sudah selamat mendarat. Destinasinya selepas ini adalah hotel. Cara akan menetap di hotel sementara mencari rumah sewa untuk didiami.

"Haii Bella. Aku baru je sampai hotel ni." Cara memulakan perbualan.

"Hai Cara omg aku dah rindu kau lah hm." meleret nadanya setelah mendengar suara Cara dari telefon.

"Eleh kau ni. Baru je sehari tau." amboi baru sehari dah rindu.

"Yelah siapa je tak rindu. Kau punya interview esok kan?" terus saja Bella menyoal tentang pengambilan kerjanya.

"Haah esok pagi."

"Confirm kau dapat kerja kat agency tu! Lagipun ni kan impian kau. Goodluck tau." Bella terus memberikan Cara kata-kata semangat.

"Harap-harap macamtu Aaamin. Thankyou support aku! Aku pergi dulu eh? Nak rest badan sikit." ujar Cara meminta izin untuk menutup panggilan.

"Okay Cara. Takecare of yourself always." terus dia menutup panggilan setelah memberikan salam.

Sejurus itu, dia terus mengambil baju tidurnya sebelum membersihkan diri di dalam toilet. Dia perlu tidur awal untuk memulakan hari esok dengan penuh semangat.

-

USAI sahaja mandi, Cara terus membaringkan diri di atas katil. Dia merenung langit malam ketika itu.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now