Part 61

783 37 6
                                    

BELON yang berwarna-warni itu ditiup penuh berhati-hati

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

BELON yang berwarna-warni itu ditiup penuh berhati-hati. Separuh daripada belon itu turut berterbangan di kawasan rooftop rumah agam milik Aryan. Cuaca pada hari itu juga sangat menenangkan.

Satu persatu belon yang ditiup melepaskan bunyi letupan yang kuat apabila belon tidak berjaya ditiup dan diikat dengan selamat.

"Eh mak kau hijau bapak kau kuning adik kau warna purple!" automatik latahan itu terkeluar dari mulut Ray.

"Astagfirrullah bawak mengucap la Ray. Kamu tu bukannya budak kecil lagi, dah boleh berkahwin dah tu tetapi masih tak ubah perangai." tergeleng-geleng kepala Nuk Hakeem sejurus sahaja mendengar ketelanjuran Ray itu.

"Dia tu memang. Perangai tak serupa bikin!" Carl mencelah. Senyum sinis dihadiahkan kepada Ray namun satu jelingan tajam dibalas Ray kepada Carl.

'Eleh, macam perangai dia elok sangat.' Perkataan itu hanya mampu diucap dalam hati. Malas ingin melawan mulut jikalau kemenangannya selalu berpihak pada Carl Hayden. Always!

Lissa yang menonton drama mereka berdua itu hanya mampu mengukirkan senyuman. Masakan dia mahu mencelah, silap hari bulan teruk dia dibahan Ray nanti.

KRINGGG!!!

Telefon bimbit milik Nuk Hakeem yang tiba-tiba berdering terus menghentam kuat gegendang telinga semua orang yang berada disitu. Memang tak sah ya kalau telefon bimbit milik bapak-bapak tidak ditetapkan kepada volume yang terpaling kuat.

"Haih..Kus semangat." Ray menggosok dadanya akibat terkejut.

"Hello Sir. Your order is infront of your gate. You can take it now."

"Alright Miss. Thankyou." panggilan dimatikan serta merta. Terus sahaja Nuk Hakeem mengarahkan Lissa untuk mengambil tempahan kek di hadapan pintu pagar rumah agam Aryan.

"Omg, I can't wait to see the beautiful details!" ujar Lissa gembira sambil dia mengorakkan langkah ke lif sebelum dia menekan punat lif.

Sejurus itu, mereka sambung perbuatan mereka untuk menghias kawasan kolam agar sambutan hari jadi Cara Estella berjalan dengan lancar sekaligus dapat mengurangkan keresahan dalam hatinya yang tidak akan pernah pulih sepenuhnya.

She's a strong woman indeed. But she still needs someone to heal her.

-

JAM tangan dikerling oleh Cara. Sudah hampir pukul 4 petang. Namun, dia masih tidak rasa untuk pulang awal ke rumah memandangkan kes yang diambil alih olehnya kali ini memang lain daripada kes yang pernah dia uruskan.

"Strange. This is the real serial killer. Insane!!" ujarnya sendiri. Pelipis dahinya turut diurut perlahan setelah hampir separuh hari mencari jalan penyelesaian terhadap kes tersebut namun usahanya hanya sia-sia sahaja.

"How? Macam mana dia boleh lakukan jenayah sebegitu rupa tanpa meninggalkan sebarang bukti walaupun secebis. Haih la kenapa la otak bijak kau tu disalahgunakan." rungut Cara. Betul apa? Boleh je dia gunakan otak tersebut dengan merancang strategi untuk menyelamatkan negara ke? Ada juga lah semangat nasionalisme dalam diri tu.

Macam Benito Mussolini? Eh tapi itu kejam.

Caramel Macchiato yang berada di atas mejanya diambil sebelum dihirup. Kopi itu juga sudah berubah rasanya kerana telah sejuk dek kerana Cara terlalu fokus menghadap kesnya sehingga melupakan kopi yang telah dia order.

Selang beberapa minit kemudian, fail-fail kes yang berada di atas meja terus dikemas oleh Cara. Setelah seharian suntuk berada di Cafe tersebut, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dan menambahkan tekanan di rumah.

Pasti sahaja ayahnya sedang risau pasal anak kesayangannya yang ini memandangkan jam telah menunjukkan pukul 6.

"Oh wait! Before that.." telefon bimbit dikeluarkan daripada poket bajunya. Punat nama Ray ditekan.

Weh Ray sorry tau aku balik lambat sikit. Serious case! See ya.

Punat send ditekan sebelum telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket yang terdapat pada coat bajunya.

Sedar tak sedar, hari kelahirannya pada hari ini pun dia tidak ingat.

Cara mengaturkan langkah perlahan menuju ke keretanya yang diparkir di basement sambil otaknya ligat memikirkan apakah yang perlu dilakukan olehnya. Satu persatu persoalan muncul sehingga menimbulkan kerisauan dalam diri seorang Cara Estella.

Bukan dia tak tahu. Manusia lagi kejam dari iblis.

Setelah keretanya dituju, pintu kereta dikuak sebelum Cara meloboskan diri di dalam kereta miliknya.

"Hey Aryan. It has been a though day today but I'm still okay. Trust me! I miss you so much." senyuman kelat diukir olehnya sebelum kereta meluncur laju keluar dari basement.

Those who touch our lives, stay in our hearts forever.

-

TING!!

"Cara cakap dia balik lambat sikit harini. Tapi aku rasa dia dah on the way balik." tiba-tiba sahaja Ray bersuara.

"Aku rasa better dah kita prepare awal-awal." ujar Carl yang sedang sibuk menyusun makanan-makanan yang telah dimasak oleh Lissa. Pastinya sedap!

"Okay lah kalau macamtu ayah rasa Lissa dengan Ray dah boleh turn off all the lights. We gonna make it happen today!" teruja kata-kata seorang Nuk Hakeem itu. Senyuman manis diukir pada bibirnya. Tidak sabar untuk melihat keterujaan pada wajah Cara kerana sejak kecil lagi Cara amat suka dengan kejutan.

"I'm sure Cara mesti tak ingat birthday dia. Selalunya Cara akan berubah sikap jika dia tahu hari itu merupakan hari jadinya." tambah Lissa lagi. Sememangnya pagi tadi berjalan seperti hari biasa yang Cara lalui. Sah! Dia memang tak ingat hari ini hari apa.

"Weee can't wait to see that boom face." terkekeh-kekeh Ray ketawa. Musuh utama Cara ni walaupun kebelakangan ini Ray semakin kurang membahannya dek kerana situasi yang tidak mengizinkan sekarang.

"Cepatlah gila!" Lissa mencelah. Sempat lagi dia ketawa padahal nak kena turn off suis dah satu hal lagi nak kena turun bawah.

"Ops I'm sorry princess." tangannya diangkat menutup mulut persis dia tersalah cakap.

"Cis!" jelingan tajam dihadiahkan Lissa sebelum dia beredar dahulu.

Pergaduhan mulut antara mereka berdua sekadar dihiraukan oleh Nuk Hakeem dan Carl Hayden kerana bukan Rayyan Mikael la kalau tak buat hal!

BEBERAPA minit kemudian..

"RAYYAN MIKAEL!!!!" pekik Lissa apabila Ray berlari meninggalkannya keseorangan. Sudahlah dia takut akan kegelapan.

"Gila penakut do kau. Lemah!" ketawa meletus tatkala nafasnya tercungap-cungap setelah puas berlari meninggalkan Lissa.

"Ya Allah apa lagi yang diaorang buat dekat bawah tu.." rungut Nuk Hakeem sementelah mendengar jeritan kuat Lissa. Nuk Hakeem hanya menggelengkan kepala sahaja mendengarkan telatah mereka berdua.

Carl Hayden hanya diam tidak berkutik. Perasaannya pada saat ini terasa lain. Adakah perkara buruk akan berlaku? Namun dengan cepat dia menghilangkan kerunsingan yang melanda dirinya pada saat ini.

-

'Happy birthday dolce cuore..'

Suara itu seterusnya hilang bersama angin-angin ketika itu.

Mrs. Aryan Herriezحيث تعيش القصص. اكتشف الآن