Part 32 : The truth

1.1K 65 6
                                    

LUCAS membawa Cara ke rumah agam milik Reez yang jauh tersorok di dalam hutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LUCAS membawa Cara ke rumah agam milik Reez yang jauh tersorok di dalam hutan. Perjalanannya mengambil masa yang agak lama untuk memasuki kawasan hutan tersebut.

"Tuan, aku dah kunci bilik tu." ujar Lucas setelah membaringkan Cara pada atas katil bilik sebelum menguncinya dari luar.

"Kau buatlah apa-apa kau nak buat kat perempuan tu sebelum aku bunuh dia kejap lagi." asap rokok dihembus pada muka Lucas. Reez tahu niat Lucas.

"Thankyou boss. Bagus sangat boss memahami." jawab Lucas bersama dengan senyuman.

"Aku kenal la kau tu macam mana." Reez menjeling sebelum beredar.

Cara memaksa dirinya untuk membuka kelopak matanya. Kepalanya terasa amat berat kesan daripada cecair itu. Cara mencelikkan mata. Anak matanya melilau melihat sekeliling. Dia kini berada di dalam bilik yang terasa amat janggal baginya.

Cara menapak turun dari katil sebelum menuju ke hadapan pintu. Dia memusingkan tombol pintu itu namun tidak berjaya kerana pintu itu berkunci.

Tiba-tiba tombol pintu itu bergerak. Cara lari menaiki katil dan berpura-pura tidur. Lucas yang baru sahaja masuk terus sahaja menuju ke katil.

"Kau taknak bangun lagi ke sweetie.." suara Lucas sedikit menggoda.

'Lucas cakap melayu?' gumam hati Cara.

Jari-jemari Lucas meliar pada kawasan wajah Cara sebelum jarinya singgah pada bibir mungil milik Cara. Serentak dengan itu, Cara menyepak Lucas sehingga dia terjatuh di atas lantai.

Cara mengambil peluang keemasan itu dengan berlari keluar dari bilik namun hanya sia-sia apabila di hadapannya kini ramai lelaki yang berpakaian sut hitam. Mereka menghalang Cara untuk keluar atau lebih tepat mengugut Cara dengan mengacukan pistol pada kepalanya.

Dia ditolak masuk ke dalam bilik bersama Lucas. Pintunya dikunci dari luar.

"Kau takkan selamat sweetie. Aku bersumpah akan ratah kau cukup-cukup malam ni." Lucas mempamerkan senyum sinis yang teramat sinis. Cara meneguk air liur sudah takut dengan apa yang akan berlaku selepas ini.

Lucas cuba mendekati Cara. Cara mengambil beberapa langkah ke belakang sehingga tubuh belakangnya terlanggar dinding.

"Jangan Lucas..Aku dah ada suami." Tangannya cuba menghalang Lucas.

"Suami kau tu bukannya baik sangat pun sweetie.."

"Tapi aku sayang dia.." matanya terpejam rapat selama beberapa saat.

"Kau sayang orang yang salah sweetie. Kau sepatutnya dengan aku." mata Lucas dijegil pada Cara.

"Jodoh aku dengan dia Lucas. Jahat macam mana pun dia aku tetap sayang dia. Kau kena faham." Cara melarikan tubuhnya ketepi namun Lucas terlebih dahulu menyandarkan telapak tangannya pada dinding untuk mengunci kedudukan Cara.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now