Part 53

1.3K 98 9
                                    

Dua minggu selepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua minggu selepas..

ARYAN mencari kelibat Cara namun hanya sia-sia kerana dari pagi tadi dia sudah menghilangkan diri. Akhirnya Aryan mengambil keputusan untuk meluangkan masa paginya di gym.

Aryan tergamam melihat Cara yang hanya memakai sport bra bersama seluar tight sedang melakukan senaman. Sudahlah Cara berpuasa ganti lepastu boleh pula dia mengeluarkan peluh.

"What are you doing here darling? I'm looking for you." langkahnya terus menuju ke Cara.

Bahunya terhinjut sedikit apabila Aryan menegurnya.

"Eh terkejut la saya. Saja la kacau tempat awak lagipun saya bosan la harini kan cuti." Cara terus berdiri tatkala Aryan menghampirinya.

"Kau puasa kan? Nanti penat la darling. Now go rest." Aryan menarik tangannya.

"No and a big no!" bidas Cara. Dia hanya menepis tangan Aryan.

"Jangan degil boleh tak hm?" nadanya dilembutkan.

"Saya tak degil." ujarnya lagi. Matanya menjeling Aryan.

"Jangan sampai.." ayat Aryan dibiarkan tergantung.

"Apa?" Cara hanya mengerling Aryan.

"Jangan sampai aku ajak kau buat senaman lain." senyuman sinis terpamer.

Mata Cara terus dijegilkan apabila sudah memahami maksud 'senaman' yang dikatakan Aryan.

"Tak payah mengada! Saya nak workout kejap je please.." bibir Cara dicebik sambil mengelipkan kedua matanya.

"No! Nanti kau penat la lepastu banyak merengek kat aku." rungut Aryan.

"Mesti awak malas layan saya kan?" pandangannya terus ke bawah. Dia banyak menyusahkan Aryan ke?

"Eh no la..Kau lagi comel kalau macam ni. Kalau garang tu bahaya.." ujar Aryan sebelum pinggang Cara yang terdedah itu dipegang olehnya.

"Yelah tapi please..Kejap je boleh?" bibirnya dicebik mengharapkan Aryan memberi keizinan.

"Anything for you tesoro.." Aryan hanya mengalah dengan mengukirkan senyuman. Mana boleh lawan dah isteri dia ni.

"Yeay!! Awak ajar saya boleh?" soal Cara. Mana la tahu nanti boleh buli Aryan.

"Kalau aku terajar benda lain macam mana?" keningnya diangkat sebelah.

"Gatal!!!" dada Aryan dipukul kuat beberapa kali. Padan muka siapa suruh gatal sangat!

Namun Aryan lebih bertindak pantas dengan menarik Cara sehingga tubuhnya terhempap dengan tubuh Aryan.

Dagunya dipegang Aryan sebelum didongakkan untuk memandang Aryan. Jantungnya sudah berpesta ketika itu.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now