Part 34 : Dead

1.1K 75 3
                                    

APABILA kereta sudah sampai di pekarangan rumah agam Aryan, mereka melihat Doktor Harith terlebih dahulu tiba di kediaman Aryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

APABILA kereta sudah sampai di pekarangan rumah agam Aryan, mereka melihat Doktor Harith terlebih dahulu tiba di kediaman Aryan. Tubuh Cara dicempung dan dibawa masuk ke rumah sebelum terus menuju ke bilik.

Aryan membaringkan Cara di atas katil bilik mereka.

"Don't leave me darling. I-I'm not ready to lose you.." tersekat-sekat suara Aryan. Doktor Harith menyentuh bahu Aryan.

"Let me handle this Aryan. Don't worry. Just pray for your wife okay?" Doktor Harith terus mengeluarkan alatan untuk rawatan.

Aryan diberi arahan untuk keluar dari bilik. Emosinya buat masa ini tidak stabil. Namun dia beruntung kerana Carl dan Ray setia bersamanya.

"Jangan risau Aryan. Kau pun tahu Cara tu kuat jadi kau pun kena kuat." senyuman diukir oleh Carl.

"Kau tu sahabat kitaorang. Hal kerja memang la serious tapi kalau hal macam ni, kau kena ingat bro kau ada kitaorang." Ray turut menyambung.

"Estella akan tinggalkan aku. Aku jahat." Aryan meraup rambut coklatnya kebelakang.

"Kau tak boleh cakap macam tu bro. Kita ditakdirkan hidup macam ni. Kisah silam kita terlalu berbeza dengan orang lain."

Aryan berumur 14 tahun ketika daddy meninggalkan dirinya. Ketika itu dia merasakan bahawa hidupnya tidak lagi bermakna. Daddy yang paling disayangi dibunuh dengan kejam.

Malam itu, Aryan terjaga dari tidur kerana tekaknya dahagakan air. Jam tepat menunjukkan pukul 4 pagi. Masa terbaik untuk mengerjakan solat tahajjud. Aryan bercadang untuk meminum air terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat.

Aryan menapak turun ke tangga namun langkahnya terhenti apabila ruang tamu dipenuhi darah. Dia tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku kecuali di dalam movie. Bibik dan driver ayahnya dikelar pada bahagian leher.

Telinga Aryan menangkap bunyi di dapur. Seperti ada orang sedang bercakap. Dengan keberanian yang tipis, dia terus menuju ke dapur dalam diam.

Sungguh dia terkejut. Ketika itu kornea matanya dipenuhi imej seorang perempuan mengacukan pistol kepada daddy. Riak muka daddy juga seakan terkejut dengan kejadian itu. Bang!

Perempuan itu..Perempuan itu adalah mommynya sendiri. Wanita yang melahirkannya telah menembak suaminya sendiri.

Aryan rebah ketika itu. Tangisan usah dicakap. Dia berusaha mengemam bibirnya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi tangisan.

"Kau memang layak mati Asyraf. Dengar sini! Aku tak pernah cintakan kau apatah lagi nak kesiankan kau." nadanya penuh sinis. Niana tergelak kecil melihat suaminya yang sudah terduduk di lantai.

"Abang cintakan sayang separuh mati. Walaupun sudah tahu kebenaran sayang. Namun cinta abang tak pernah pudar sayang." ujar Asyraf penuh sebak. Air matanya mengalir ketika itu. Isteri yang dikasihi merupakan pembelot.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now