Part 66

907 49 4
                                    

"AYAH

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"AYAH...Cara nak Aryan." Cara yang sedang menangis itu berlari anak menuju ke ayahnya yang sedang selesa menonton televisyen.

"Ye sayang? Siapa pula yang buat kalini?" kepala anaknya yang berlapik dengan tudung diusap lembut.

"Ray...Dia sebok je nak bernafas satu udara dengan Cara..." air mata yang mengalir terus diseka.

"Hah??" terkejut beruk Nuk Hakeem mendengar jawapan yang keluar dari mulut Cara.

"What? Ray baru nak masuk dapur." Ray yang baru memasuki ruang tamu itu terus mencelah.

"Ayok Ray. Habislah kau Aryan dah ada dekat luar dah tu." senyum sinis diukir oleh Carl. Tahu-tahu jelah apa yang akan terjadi.

"Aku redha asalkan signore bahagia." matanya dijegilkan pada Cara. Balas dendam ke apa ni?

Tatkala figura Aryan menjengah sistem penglihatan Cara, terus sahaja dia berlari mendapatkan suaminya yang baru pulang dari pejabat itu.

"Aryan...Tengok Ray buat saya..." adunya pada Aryan. Pinggang milik Aryan dipeluk kuat olehnya seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

Kebelakangan ini memang sikap Cara berubah kepada seseorang yang sangat manja. Sangatlah kontra dengan perangai dia yang sebenar.

"Kau buat apa kat isteri aku?" suara Aryan hanya mendatar ketika menyoal Ray.

"Apa? Aku masuk dapur je weh. Aku rasa kau kena bawak Cara pergi check ni. Ini kalau aku kacau dia memang teruk aku dikerjakan." jelasnya panjang berjela. Mahunya tidak? Dia baru sahaja melangkah masuk dapur tanpa sempat dia mengambil nafas.

"Kau diam Ray. Sebagai denda, kau cuci semua pinggan kat dapur tu. Sampai berkilat!" ujarnya penuh tegas. Sebenarnya tidak kuat melihat tangisan Cara waima dia tahu Ray tidak berbuat apa-apa pada isterinya.

"Sampai hati signor menjatuhkan maruah aku." bibir Ray dicebik.

Aryan mempamerkan riak muka bersahaja. Ah kesah pulak aku?

Nuk Hakeem dan Carl yang turut berada disitu terus sahaja menghamburkan ketawa melihatkan situasi tersebut. Itulah padahnya jikalau dari dulu sampai sekarang memang tak sah kalau sehari tak kacau orang.

Cara menarik lengan sasa Aryan ke sofa sebelum mereka melabuhkan punggung di atas sofa. Aryan hanya membiarkan sahaja tingkah laku Cara itu.

"So how's work Aryan?" Nuk Hakeem yang berada disitu terus memulakan bicara.

"Macam biasalah ayah. Okay tak okay je." luahnya tatkala dia menghela nafas dengan perlahan.

"Normal la tu. This is what we called life." senyuman nipis terukir. Aryan turut membalas senyuman bapa mertuanya itu tanda setuju dengan kata-katanya.

"Sayang..." panggil Cara dengan penuh kelembutan. Nadanya juga sedikit meleret. Aik? Nak goda Aryan ke apa ni.

"Hm?" wajah isterinya terus ditatap. Iris mata Aryan cepat sahaja menangkap iris hazel milik Cara.

Mrs. Aryan HerriezOù les histoires vivent. Découvrez maintenant