Part 35 : The truth 3

1.2K 75 6
                                    

HARI ini sudah genap hari ketiga Cara tidak sedarkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini sudah genap hari ketiga Cara tidak sedarkan diri. Aryan masih setia menunggu isterinya sedar. Kata Doktor Harith, mungkin akan mengambil masa seminggu untuk Cara sedar.

"Dia yang langgar Hafiy. Dia juga penyebab Aydan dibunuh dengan kejam. Silap-silap ayah kau pun mati sebab dia."

Terngiang-ngiang suara Lucas di dalam kotak fikiran Cara. Dia memaksa dirinya untuk bangun. Dia sudah terseksa dengan mimpi ngeri yang dialami selama tiga hari berturut-turut. Dia hanya mahu sedar.

"Argh!!!!" Cara menjerit sebelum dia terus bangun dari pembaringan. Kepalanya yang sakit itu diurut. Masih berbalut.

Aryan yang mendengar jeritan itu terus bergegas menuju ke bilik. Dia melihat Cara sudah sedar. Ya isterinya sudah sedar.

Aryan terus menarik Cara ke dalam pelukan. Cara turut membalas pelukan itu. Lengannya masih terasa perit akibat peluru daripada revolver Aryan.

Aryan meleraikan pelukan lalu wajah lembut isterinya ditatap. Cara turut membalas tatapan lembut Aryan namun itu hanya sekejap tatkala fikirannya terus terngiang suara Lucas.

"Dia yang langgar Hafiy. Dia juga penyebab Aydan dibunuh dengan kejam. Silap-silap ayah kau pun mati sebab dia."

Cara terus menurunkan anak matanya. Dia baru teringat Aryan merupakan seorang pembunuh. Seorang pembunuh yang dia sedang belajar untuk lenyapkan di dalam dunia ini

Tangan Aryan memegang dagu runcing Cara namun cepat saja Cara menepis.

"Lepaslah.." Cara berdecit kecil dengan tindakan Aryan itu. Sungguh buat masa ini wajah Aryan pun tidak mampu ditatap.

"Aku minta maaf Estella. Aku tahu aku salah. Banyak sangat benda yang kau taktahu tentang aku tapi percayalah semua ini bukan dengan kerelaan aku sendiri." tangan Aryan mencuba untuk mengambil tangan Cara namun Cara lebih cepat melarikan tangannya.

"Termasuk dengan kebenaran yang awak dah bunuh kedua-dua adik saya?" senyum sinis Cara terukir. Aryan yang mendengarkan Cara itu tersentak. Cara sudah tahu?

"No-No aku tak berniat semua tu Estella. Tolong percaya kan aku-" rambutnya diraupkan ke belakang. Tidak dia sangka bahawa Cara sudah tahu tentang itu.

"Cut the crap Aryan. Saya dah penat hidup dalam pembohongan ini semua. Cukup lah dengan kebenaran ibu saya dan sekarang..Awak." kedua tangannya dinaikkan ke kepala. Air mata dicuba untuk bertahan daripada mengalir. Hidupnya selama ini hanya satu pembohongan.

"Aku cuba untuk bagitahu kau Estella tapi aku tak mampu. Aku tak pernah ada rasa takut tapi apabila dengan kau, aku takut sangat. Sebab kebenaran ini terlalu menyakitkan untuk kau darling." kedengaran penuh ikhlas kata-katanya.

"Aku nak kau cari information pasal budak yang aku langgar tadi." pandangan ditujukan pada Ray.

"Carl dah melawat tempat kejadian. Nanti maklumat yang dia dapat aku akan terus cari pasal keluarga dia." jawab Ray.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now