Part 67

974 43 4
                                    

ENAM BULAN TELAH BERLALU

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

ENAM BULAN TELAH BERLALU..

SENYUMAN jelas terukir pada bibir Aryan apabila kotak fikirannya teringatkan tentang kerenah Cara setelah berbadan dua. Jikalau sehari tiada permintaan yang pelik, maka itu bukan Cara Estella.

"Saya nak tiger."

"Saya lapar cendol durian la."

"Saya rasa nak makan sambal ikan keli tapi nak awak yang masakkan."

"Nak bau awak."

"Saya rasa nak naik roller coaster."

"Nak beli barang baby dekat New York City."

Percaya atau tidak? Kini mereka berada di New York City untuk mencari barang baby. Sudahlah Cara tu sudah sarat mengandung namun demi isterinya Aryan sanggup. Kini kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

Jantina bayi? Biarlah rahsia hihi..

Aryan dan Cara kini berada di Brooklyn Bridge setelah puas shopping barang baby sehingga waktu malam.

"Sayangggg..."

Lamunannya tersentak apabila Cara memanggilnya sebegitu.

"Yes mia bella?" pinggang Cara dirangkul erat sebelum aiskrim vanilla yang dibeli Aryan bertukar tangan dengan Cara.

Makin sarat mengandung makin gemar pula dia makan aiskrim.

"Emm sedapnya aiskrim! Baby suka aiskrim tak?" tangannya mengusap lembut perutnya yang sudah membesar itu. Sekejap je masa berlalu.

"Baby jangan bagi mummy tu makan aiskrim sangat tau. Pipi mummy tu dah makin tembam la." terus sahaja pipi Cara dicapai untuk dicubit.

"Auch sakitlah Aryan!" bibirnya dicebik sebelum tangannya mengusap pipi yang sudah berona merah akibat dicubit Aryan.

"Bibir tu? Nak aku kiss ke?" jarinya naik menyentuh bibir Cara yang munggil itu.

"Aip. No! Ramai oranglah sekarang ish awakni!" terus sahaja tangan Aryan ditepis olehnya. Tak kena tempatlah Aryan ni!

"It's New York tesoro. Do they care? No..Ini bukan Malaysia sayang.." meleret aje nada Aryan ketika itu seakan sedang menggodanya. Matanya dilirik pada iris Cara dengan penuh keikhlasan pandangan itu.

Mrs. Aryan HerriezUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum