Part 45

1.3K 86 12
                                    

"Jangan tinggalkan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan tinggalkan aku..Aku tak sanggup kehilangan kau..Jangan..Jangan."

"Hey hey Aryan bangunlah. Kau mengigau ni." Bahu Aryan dihinjut supaya dia sedar dari tidurnya.

"Jangan tinggal aku!" Aryan menjerit lalu matanya terus terbuntang luas.

"Kau kenapa ni Aryan? Kau mengigau ni." Carl mengusap belakang Aryan yang sudah berpeluh akibat daripada mimpi itu.

Sejurus itu, Aryan terus bangun dari kerusi lalu pintu bilik wad emergency Cara dituju. Carl terus bangun untuk menghalang Aryan.

"Eh kau kenapa ni?" Carl menyoal sudah pelik dengan perangai Aryan.

"Aku nak jenguk dia buat kali terakhir..Aku rindu dia..Lepasni aku tak dapat jumpa dia dah." tangisan terus dilepaskan.

"Kau dah kenapa ni ha? Cara masih lagi kat dalam. Doktor belum keluar lagi." suaranya sedikit tegas kali ini. Aryan tak boleh kelihatan lemah seperti ini.

"Tadi..Tadi.."

"Kau mimpi je ni." Ray terus mencelah. Haih risau sangat sampai dibawa ke mimpi.

"Estella tak tinggal aku kan? Dia sayang aku lagi kan? Dia masih bagi peluang kat aku kan? Dia kuat kan?" bertubi-tubi soalan yang disoal oleh Aryan. Carl dan Ray hanya memeluk tubuh Aryan untuk memberi semangat padanya.

Kerna kata-kata tidak akan melenyapkan perasaan itu.

Pintu wad dibuka. Kelihatan doktor baru sahaja keluar dari bilik tersebut. Dengan pantas Aryan berjumpa dengan doktor itu.

"How's my wife? Is she okay?"

"Luckily she's strong. She will be okay no need to worry. Maybe it will probably take a week for her to wake up from coma." jelas doktor itu bersama dengan senyuman yang terukir. Setelah itu, doktor itu terus meminta diri.

"Alhamdulillah isteri aku selamat.." senyuman ikhlas terus terpancar pada wajah Aryan. Dia bersyukur itu semua hanya mimpi.

Kalau tidak, dia takkan kuat untuk mengharungi ujian itu.

Carl dan Ray turut tersenyum setelah mendengarkan khabar tersebut. Kuat betul Cara.

"Kan aku dah cakap dia kuat. Kau janganlah risau. Sekarang ni kita tunggu dia sedar je." Carl menepuk bahu Aryan beberapa kali.

"Dia memang wanita terkuat yang pernah aku jumpa." jawab Aryan bersama dengan senyuman.

"Yeay tak sabarnya nanti Cara duduk serumah dengan kita balik!" Ray terus menyorak gembira. Amboi, seronok sebab nak bahan orang ke apa?

"Eh kau jangan nak mengusik Cara pula. Nanti dia lari sebab penat melayan kau." Terus sahaja Carl memerlinya. Eh suka hati dia lah!

Ray hanya menjeling setelah itu. Sebok je Carl ni.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now