Part 28 : The plan

1.1K 68 1
                                    

PADA petang itu, Cara dan Bella meneruskan siasatan mereka terhadap kes pembunuhan 10 tahun lepas di perpustakaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA petang itu, Cara dan Bella meneruskan siasatan mereka terhadap kes pembunuhan 10 tahun lepas di perpustakaan. Cara yang sedang membuka komputer itu terus menunjukkan maklumat yang telah dijumpai.

"Ni Bella. Apa yang aku tahu, Rossa Garcia tu masih hidup. Dia menghilangkan diri dan tukar identiti dia selepas kejadian. But aku masih tak dapat kesan dia dekat mana sekarang." jelas Cara satu persatu.

Bella mengangguk faham.

"Tapi apa hubungan dia dengan dengan keluarga tu? Wife Harry tu ke?" soal Bella.

"Itu aku taktahu. Tak silap aku, wife dia dah lama meninggal. Tapi aku taktahu lah sahih ke tak berita tu." Cara terus membuka file lain yang terdapat di dalam komputer tu.

"Ini bukti dia masih hidup. Cuma tak dapat kesan muka." terus sahaja Cara menunjukkan rakaman cctv tiga tahun lepas.

"Weh ni macam dekat Malaysia je." ujar Bella setelah melihat rakaman tersebut.

"Kat Malaysia?" soal Cara masih tidak faham.

"Ye. Macam dekat Hotel Royale Chulan." jawab Bella.

"Hotel tempat kerja ibu aku?" soalnya lagi.

"Yes." Bella menjawab.

"Kalau macam tu kan, aku nak kau kesan siapa dia. Aku tak boleh juga guna komputer Aryan ni selalu. Nanti kantoi habisss." takut juga dia kalau kantoi dengan Aryan.

"Haa tahu pun takut." sengaja Bella mahu mengusik Cara.

"Esok aku jamin semua maklumat akan sampai dekat kau." sambung Bella sambil mempamerkan senyuman manis.

"Macam ni barulah aku sayang." senyuman Cara terukir.

"Eleh ingatkan sayang husband je." terus sahaja tangan Cara menyambar lengan Bella.

-

REEZ baru sahaja sampai di depan perkarangan markas The Arsonist di Florence, Italy. Kedatangannya sudah dimaklumkan terlebih dahulu. Kelihatan bodyguard-bodyguard sudah tersusun di pintu hadapan markas tersebut.

Dia diizinkan masuk. Dua orang bodyguard mengiringi Reez sehingga sampai ke depan pintu bilik di mana boss mereka berada. Pintu dikuak untuk masuk.

"Robert?" Reez lebih awal menegur.

"Come in Carlos." Robert menjemput Reez masuk.

"I came here with an intention."

"Just straight forward Carlos. I don't have time for this." tegas Robert menjawab.

"I want to collaborate with your people." jujur Reez. Anak mata biru Robert cepat menangkap anak mata coklat milik Reez.

"To destroy D'King Empire. The biggest Mafia in Italy." jujur Reez lagi.

"D'King Empire? Are you fucking joke?" Robert terus berdiri setelah mendengar cadangan Reez.

"Yes boss. I promise there is no more D'King and you're gonna be the most powerful in Italy if there is no D'King." jelas Reez satu persatu.

"I can't take this." cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Robert.

"I swear it's gonna worth it." Reez cuba memprovok Robert.

"No it's not. D'King won't let us go alive." Robert membantah.

"If we collaborate. There is no chance for them to win." Reez masih mencuba.

"Aryan. The Devil. Will. Make sure. We. All. Die." perkataan ditekankan satu persatu.

"No. I swear. If we plan carefully, we can win."

"How can I trust you?" soal Robert. Dia tidak pernah mencari pasal dengan Aryan. Jika dia terima cadangan ini, seolah-olah seperti menempah maut sendiri.

"Just trust me. l've a plan."

"I will kill you if this didn't work!" tegas nadanya.

-

ARYAN berada di pejabatnya dan masih menyiapkan projek yang sedang diusahakan. Tiba-tiba pintu diketuk.

"Come in." Matanya masih fokus pada kertas kerja di atas mejanya.

"Signor. Ni semua fail-fail yang kau minta. Tadi PA kau nak hantar tapi alang-alang aku nak jumpa kau so sekali kan jelah." Aryan terus memandang Ray.

"Thank you Rayyan. Ada apa-apa ke?" soal Aryan.

"Ada signor. About the information that you've asked for." Ray membalas. Dia terus menarik kerusi untuk duduk.

"Apa yang kau tahu?" soal Aryan. Matanya lebih fokus kepada Ray.

"Apa yang aku tahu, Reez sekarang berada di Florence and Lucas still mc." jelas Ray.

"Apa yang bastard tu buat dekat Florence?" keningnya dijongketkan.

"Aku taktahu lah. Macam mana kalau dia ada plan something?" soal Ray ingin tahu.

"Selagi dia tak serang, kita jangan bertindak. Tapi just get ready." jelas Aryan.

"And lagi satu. Kau suruh budak-budak tu hantar dia tinggal kat rumah aku di Rome. I don't think he will safe here."

"Buon signor. Ray menjalankan tugas." Ray terus bangun dan bergegas ke bilik pejabatnya untuk menyambungkan kerja.

-

PAGI itu, Bella tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Cara. Mereka bertemu di hadapan locker. Bella kelihatan sedikit cemas ketika itu.

"Ca-Cara. Aku dah tahu Rossa tu siapa." jujur Bella.

"Oh takpelah rehat kejap lagi kau bagitahu lah." jawabnya mudah sambil menyusun barangnya di dalam locker tersebut.

"No. It's really important. Aku tau kau sendiri akan speechless." jawab Bella tidak menyabar.

"Kenapa weh? Bagilah tahu." desak Cara.

"Dia. Dia ibu kau. Rossa." Cara tersentak. Segala perilakunya ketika itu segera diberhentikan. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa orang itu merupakan ibunya.

"Cara are you okay?" soal Bella. Bahu Cara diusap lembut.

"Aku rasa..Kita stop kat sini jelah." Cara membuat keputusan.

"Sokay babe. Aku faham kau. Kau jangan fikir sangat la." Bella cuba memujuk Cara.

Setelah itu, mereka berdua menuju ke kelas white collar crimes. Cara hanya diam setelah mengetahui kebenaran.

"Kau okay tak ni?" soal Bella. Risau pula tengok keadaan Cara sebegini.

"Aku okay je. Kau jangan risau lah." jawab Cara. Sesungguhnya dia tidak lah okay mana. Masih lagi terkejut dengan kebenaran tersebut.

Di dalam fikirannya banyak soalan yang masih tidak terjawab. Macam mana ibu boleh ada kat sana? Padahal dia masih ingat lagi ketika itu ibu memberitahunya bahwa dia perlu balik ke kampung.

Apa kaitan ibu dengan keluarga Harry? Dan siapa ibu bapa sebenar Cara?

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now