壱 : 01

2K 85 21
                                    

               Penyapu yang berada di tepi dinding, diambil olehnya seraya menyapu segala kekotoran yang terdapat disitu. Peluh mula menghiasi dahinya dek kerana kepenatan dan cuaca yang agak terik. Kipas yang dipasang turut mengeluarkan haba yang panas.

Selesai menyapu, dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Mata dipejamkan buat seketika.

Penat.

Belum sempat dia ingin tidur, suara garang seseorang mula kedengaran di telinga nya. Dia terus bangkit berdiri dek kerana ketakutan.

Tangan digenggam erat. Muka ditundukkan melihat lantai apabila wajah garang tersebut merapat.

"Kau buat apa?! Aku suruh sapu satu rumah. Bukan ruang tamu ni je!" Ditunjal nya kepala Adeline dengan kuat. Bibir diketap dengan geram.

Adeline mendiamkan diri. Dia hanya membiarkan perlakuan mak saudara nya itu. Kalau dia melawan, buruk padahnya nanti.

"Kau dengar tak budak?! Jawablah!" Tak cukup dengan tunjal, ditariknya kuat rambut gadis itu sehingga terdongak.

"D- dengar!" Wajah anak saudara nya yang sedang menahan perit, dipandang dengan wajah yang jengkel. Sedikit pun, dia tak heran. Tarikan menjadi semakin kuat.

"M- mak ngah! Sakit.. Tolong lepaskan Adel!" Raung Adeline dek kerana tidak tahan akan kesakitan yang menimpa nya. Rambutnya terasa seperti ingin tercabut.

Air mata mula turun membasahi pipi mulusnya. Dahi berkerut menahan rasa sakit.

"Ini la padah nya bila kau tak menjawab soalan aku!" Rambut Adeline dilepaskan. Beberapa helaian rambut gadis itu gugur akibat tarikan yang agak kuat.

Makin kuat tangisan Adeline. Tersedu-sedu dia menangis. Kepala yang terasa sakit dipegang.

Puan Carine tersenyum puas melihat wajah Adeline yang mula kemerahan. Padan muka kau.

Sempat tangannya menolak kuat bahu anak saudara nya sebelum melangkah pergi.

"Pastikan rumah ni bersih sebelum diorang balik. Kalau tak, kau jangan berangan nak makan!" Laungnya dari jauh.

Adeline terduduk atas lantai. Air mata yang masih mengalir, dibiarkan terus mengalir. Bibir diketap menahan perasaan.

"H- hiks ibu. Adel rindu ibu... Adel tak kuat bu. K- kenapa Adel kena hadap semua benda ni? Apa salah Adel?" Soalnya bertubi tubi dengan esakan kecil. Mengingatkan arwah ibu nya yang telah lama pergi, makin melebatkan air mata nya.

Rindu.

Kenangan demi kenangan mula singgah difikirannya. Bibir mengukir senyuman hambar. Kenapa bukan aku yang pergi? Kenapa harus ibu?

Disebabkan keadaan itu lah, dia terpaksa tinggal dengan keluarga mak ngah nya. Dia tiada sesiapa lagi kecuali mereka. Dengan mereka lah, dia bergantung walapun kerap di dera. Dia tiada pilihan lain.

Nafas ditarik panjang. Air mata dikesat. Dia terus bangkit dari duduk.

"Kau kena kuat Adel. Ibu pasti taknak tengok kau lemah macam ni." Kata nya. Cuba memberi semangat kepada diri sendiri. Dia tersenyum nipis.

Kuatkan hati ini, ya Allah.

Tanpa membuang masa, dia menyambung kembali kerja nya yang tergendala.

***

Jam tangan nya ditilik berulang kali. Sesekali kedengaran dia mengeluh kecil.

Janji memang susah nak ditepati eh? Janji jam berapa, sekarang ni pun dah jam berapa.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now