セブン : 07

1K 74 5
                                    

               Terkebil-kebil matanya memandang seraut wajah yang berada di hadapan nya.

"Kau pandang apa?" Dia terus menoleh ke arah lain. Bibir diketap malu. Macam mana dia boleh tengok lelaki itu lama-lama? Kan dah malukan diri sendiri.

"M- mana ada pandang..." Kecil sahaja kedengaran suara nya. Pipi mula memerah menahan malu.

Luca menarik lengan Freya untuk mendekati nya. Mukanya pula sengaja dirapatkan dengan muka gadis itu. Seinci sahaja jarak mereka saat ini.

Mata mereka bertembung.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Air liur ditelan gugup. Jarak mereka masih seperti tadi. Dekat. Seluruh wajah Luca ditatap. Bermula dari mata nya yang memukau, turun ke hidung yang agak mancung dan bibirnya yang sedikit kemerahan.

Perfect!

"Be mine first and you can see my face everyday, sweetheart." Husky voice. Dahi Freya dijentik halus. Gadis itu tersentak. Hilang semua lamunan dia saat dahinya dijentik.

"Taknak!" Spontan ayat tersebut keluar dari bibirnya. Dia terkejut sebenarnya. Mulut yang sedikit ternganga terus ditutup dengan mata yang terbuka luas.

Bukan itu yang dia nak cakap tadi. Ini lah padahnya apabila hati dan mulut tidak seiring.

Dia nak menidakkan perkara tersebut tapi dia tahu bahwa semua itu sudah terlambat apabila riak wajah Luca mula berubah sedikit kelat sebelum tiada langsung riak diwajahnya.

"Tch, I don't care. What's mine is mine. Got it pretty? " Mendatar sahaja suara nya. Tadi kemain gentle.

Freya mengemam bibirnya lembut. Dia bukan milik siapa-siapa melainkan yang di atas. Dia risau ayat yang keluar dari bibirnya nanti bakal mengguris hati lelaki itu.

"Err Encik..."

"Luca. Just call me Luca."Pintas jejaka itu laju. Gadis itu mengangguk perlahan. Terus lupa apa yang dia nak cakap tadi.

"Freya!" Gadis itu terus berpaling ke belakang apabila terdengar nama nya dipanggil. Kelibat Keisha yang berlari anak ke arahnya mengundang kekeliruan dalam dirinya. Dengan muka yang merah padam.

"Kau buat apa dengan jantan ni? Kau tahu tak yang dia ni jahat? Boleh pulak kau menggedik menyundal dengan dia! Eh laki lain tak ada ke hah?!" Disembur Freya habis-habisan. Dia menolak kasar badan Luca untuk menjauhi kawan baiknya itu.

"Eh perempuan ni..." Luca mahu maju ke arah Keisha tetapi dihalang oleh Freya. Dia menggelengkan kepalanya supaya berhenti. Dia taknak mencetuskan pergaduhan lagi-lagi dekat tempat awam walaupun ayat Keisha tadi mengguris hatinya.

"Kau nak gaduh ke sial? Meh ah. Fikir aku takut dengan kau?"

Freya mengeluh berat "Stop! I- I'm sorry Luca for what happen just now. Saya minta diri dulu and thanks sebab dah tolong saya tadi." Segaris senyuman terbit dibibir nya. Lengan Keisha ditarik untuk mengikutinya. Bimbang berlaku pergaduhan yang tidak diingini.

Luca hanya memandang. Geram betul dengan mulut si Keisha tu. Dia rasa macam nak cili. Tin disepak kasar sebelum dia teringat akan semua sikap nya apabila bersama dengan gadis itu tadi.

"Pft. Kau kenapa Luca? Tiba-tiba sweet dengan dia. Kau dah gila ke? Ke Sewel? Sebelum ni tak pernah pun macam ni dengan mana-mana perempuan. Memang sah aku gila, tch." Dia berdecit. Hoodie ditarik untuk menutupi mukanya sebelum melangkah pergi.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now