三十一 : 31

924 38 0
                                    

               Saat kakinya melangkah masuk ke dalam ward tersebut, dia dikejutkan dengan keadaan ward yang agak bersepah.

Bantal bersepah atas lantai. Tu tak termasuk lagi dengan selimut yang mula meleret ke bawah. Di atas katil pula, ada seorang gadis yang memeluk lutut. Mukanya tidak kelihatan kerana terlindung dengan rambut panjangnya.

"A- apa.." Laju dia memintas ayat nurse yang membawa nya ke ward tersebut. Dia menggeleng perlahan.

"Keluar... Biar saya pujuk dia sendiri." Nurse tersebut mengangguk perlahan sebelum keluar dari ward. Meninggalkan mereka berdua.

Bantal yang berada di atas lantai dikutip sebelum dia menghampiri katil pesakitnya. Semakin hampir, semakin kuat dia mendengar tangisan gadis itu. Nafas dihela kecil.

Apa yang menyebabkan gadis itu menangis?

"Sometimes a good cry is just what you need to release all the hurt you have built up inside..." Suara garau tersebut hinggap di telinga gadis itu. Serta merta tangisan nya terhenti.

Dia berpaling ke tepi. Matanya terus bertembung dengan mata milik Daniel. Jejeka itu tersenyum tipis.

"Mind to share, pretty girl?" Daniel terus duduk di atas kerusi yang tersedia. Tangan kanan gadis itu yang berbalut dipandang sekilas. Sepertinya, dia tahu kenapa gadis itu menangis.

Mungkin disebabkan tangan nya yang patah.

"I hate myself..." Mata cantik nya mula mengeluarkan air mata kembali. Tangan nya yang berbalut dipandang. Dia menggeleng perlahan.

Dah tak berguna baginya. Bagaimana dia ingin bekerja dengan tangan macam ni? Bagaimana pula dengan tempahan yang diminta oleh klien nya?

"Semuanya dah hancur. Everything... My dream, my job! All. I can't do anything with this broken hand anymore." Tanpa sedar, dia meluahkan isi hatinya kepada Daniel. Perasaan nya berkecamuk saat itu.

Bangun sahaja dari tidur, tangan kanan nya tidak boleh digerakkan. Kakinya juga sakit kerana terkepit dekat pintu kereta. Dia cuba untuk menggerakkan tangan nya tapi tak boleh. Disebabkan perasaan sedihnya, dia mula mengamuk apabila menyedari dirinya sudah tidak berguna.

"But you're still alive... Kau patut bersyukur yang kau masih boleh bernafas. And about your hand, it takes around 6 to 8 weeks only. Tolong jangan cepat mengalah." Geram pula dia mendengar kata-kata gadis itu.

"Awak cakap senang lah! Bukan awak yang kena tapi saya. Saya yang hadap benda ni." Bidasnya laju. Bulat matanya memandang jejaka itu seperti menahan amarah. Tadi dia sedih, sekarang dia marah pula.

Serta merta Daniel tergelak. Lawak pula melihat gadis itu. Dengan muka yang memerah. Seperti ada asap yang berkepul-kepul keluar dari kepalanya. Mata pula membulat memandang dirinya.

"Apa gelak-gelak? Awak ingat saya tengah buat lawak ke?" Makin bulat matanya memandang jejaka itu.

"Okey sorry... Aku tahu kau yang hadap tapi aku taknak kau cepat mengalah. Tangan kau masih berpeluang untuk sembuh. Kiranya elok lah daripada tak boleh nak sembuh langsung." Riak wajah Evie berubah mendung. Dia menunduk ke bawah.

Memang ada potensi untuk sembuh tapi ambil masa yang agak lama. Dalam otaknya hanya memikirkan tentang kerjanya sebagai fashion designer.

Dengan satu tangan sahaja, mampu ke untuk menyiapkan segala tempahan tersebut? Makin banyak kerugian yang dia akan dapat selepas ini. Belum termasuk lagi dengan kereta yang sudah rosak. Kena baiki lagi. Dia bukannya anak Tan Sri. Nak benda tu, terus dapat.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now