十六 : 16

902 51 0
                                    

               "Haa! Buat apa tu?" Bahu Rayden ditepuk kuat. Dia yang ralit membelek gambar, terkejut dengan sergahan tersebut. Terpaling kepalanya ke arah Adriel yang duduk didepan nya.

Rayden mendengus kecil "Sibuk lah kau." Gambar tadi disorok. Dia perbetulkan kedudukan nya sebelum memandang sahabatnya itu. Terangkat kening Adriel melihatnya. Main sorok-sorok pula, fikir aku tak nampak?

"Nak tengok gambar tadi." Pinta Adriel dengan muka seposen nya. Dia ada nampak tapi tak ada lah jelas sangat. Kabur.

"No!" Siap dengan jari telunjuk digoyangkan lagi. Mencuka sekejap wajah Adriel sebelum riak nakal terpampang diwajahnya.

Tak boleh ambil cara baik, ambil lah cara jahat. Betul tak?

Apabila melihat Rayden sedikit leka, gambar yang berada di genggaman jejaka itu terus ditarik secepat kilat. Terus berada di pegangan nya. Terkejut Rayden melihatnya.

"Bodoh lah, Riel! Baik kau bagi balik..." Tangan dihulurkan kepada nya tanda meminta. Main tarik-tarik pula. Adriel menggeleng sebelum bangun. Dia menjarakkan sedikit dirinya dengan Rayden.

Taknak bagi sangat en. Memang aku ambil cara kasar.

Gambar itu ditenung lama. Berkerut dahinya saat itu "Siapa perempuan ni?" Gambar tersebut dibelek-belek. Macam familiar muka gadis dalam gambar tu. Tapi dia tak ingat pula.

"Makwe kau ke?" Tanya nya lagi. Kening dijongketkan saat mata mereka bertembung. Rayden menggeleng. Lambat lagi nak jadi makwe dia.

"Bak lah sini gambar tu gila." Rayden bersandar pada kerusi. Tajam matanya memandang kawan nya itu. Geram betul melihat muka selamba Adriel. Macam minta penyepak darinya.

"Sabar lah hanat. Bagi aku tengok dulu puas-puas." Lama matanya jatuh ke arah gambar tersebut sebelum dia teringat akan seseorang. Bukan ke perempuan ni yang dekat hospital hari tu? Yang aku cakap bisu tu?

Dia cuba untuk mengingati peristiwa di hospital tempoh hari "Haa! Perempuan ni yang mommy kau tolong tu kan? Adil? Eh ke Adal? Lupa pulak." Kepala yang tak gatal, digaru. Apa eh nama gadis itu?

"Adel lah bodoh. Takkan tu pun tak tahu?" Dirampas kembali gambar tersebut sebelum disumbat ke dalam poket seluar.

"Mana lah aku tahu. Dia bukan nya makwe aku pun." Tercebik bibir Adriel saat itu. Berapa kali entah, dia dapat bodoh hari ni.

Takkan semua benda dia kena tahu? Dia bukannya jenis menyibuk tepi kain orang. Dia menyibuk tepi kain kawan nya sahaja.

"Wohoo bebeh! Awat hodoh sangat muncung kau tu? Nak kena lempang dengan abang Niel ke?" Daniel menarik kerusi di tepi Adriel. Dia baru sahaja selesai merawat pesakit nya. Penat masih bersisa lagi.

Makin cemberut muka Adriel. Dua-dua sama je. Menyakitkan hati. Nasib Luca tak ikut serta, makin teruk dirinya kena nanti. Penat lah hidup.

"Aik, diam? Seriously? Ray.. Pehal dengan mamat ni gila?" Rayden mengangkat bahu tanda tak tahu. Selamba badak dia je menyedut air yang masih bersisa. Tanpa ada rasa bersalah.

Berkerut dahi Daniel melihatnya. Bahu Adriel ditolak perlahan "Nak cakap broken sebab awek, kau tak ada pun awek." Adriel terus menoleh ke arah Daniel. Awek-awek jangan main na!

"Ray yang buat." Macam kanak-kanak yang mengadu dekat bapa gaya nya. Dia menyendeng rapat dekat Daniel. Makin panjang muncung itiknya.

"Siapa yang start dulu? Kau kan?" Rayden menjawab dengan selamba. Dia langsung tak memandang kedua-dua sahabatnya itu. Matanya ralit membelek sesuatu di dalam phone miliknya dari tadi.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now