二十二 : 22

759 45 2
                                    

                Buku perubatan dibelek-belek. Dahi dipicit lembut. Sedari tadi dia bertapa di dalam bilik kerja nya sambil meneliti segala dokumen pesakitnya.

Pen dilepaskan di atas meja. Berpusing kerusi akibat ulahnya sendiri. Penat. Dia tak menjamah apa-apa makanan lagi dek kerana terlalu sibuk.

Knock knock!

"Come in! " Masuk dua orang nurse dengan bekal makanan. Seorang membawa minuman manakala lagi seorang membawa makanan.

Dia mengangkat kepala. Berkerut dahinya saat melihat dua orang tersebut "Yes, anything? " Kedua-duanya saling berpandangan sebelum tersenyum lebar.

"Dr. tak makan lagi kan? Ni, kitorang ada bawakan bekal." Dengan penuh berhati-hati dia berkata.

Semerbak bau ayam goreng sewaktu bekal itu diletakkan di atas meja. Daniel merenung bekal tersebut sebelum dia bersandar pada kerusi "Aku tak makan ayam."

"Err how about hot chocolate? " Sekali lagi dia menggeleng. Berubah kelat muka kedua-dua nya.

"Ada lagi? Banyak kerja yang aku kena buat. So please, get out. Pintu keluar dekat belakang korang je." Ujarnya mendatar.

Perwatakan nya berubah menjadi serious dan dingin sewaktu bekerja. Jika dekat luar, memang tak ada beza dengan perangai si Adriel.

Bekal yang berada di atas meja pantas diambil kembali. Takut pula melihat wajah dingin Daniel.

"Maaf Dr. kerana menganggu."

Pintu bilik kerja nya ditutup rapat. Daniel mengeluh lega. Dia tunduk kembali untuk menyambung kerja nya.

Sesekali matanya melirik ke arah jam di dinding. Selalunya pada waktu ini, ramai pesakit yang akan masuk. Dah menjadi lumrah di hospital. Lagi-lagi waktu senja sebegini.

Kring! Laju dia mengangkat gagang telefon pejabatnya.

"Yes?.. Okey wait! I'll be there in a minute." Terus terbangun dari kerusi. Coat doctor nya segera dipakai sebelum berlari ke arah emergency room. Masin mulut dia.

***

Sarung tangan yang dipenuhi dengan darah dicabut dari tangan. Laju nafasnya saat itu. Dia memandang cermin dihadapannya.

You did it.

Dia hampir mengalah untuk meneruskan pembedahan tersebut kerana peratus untuk berjaya ialah sangat tipis. Dengan bantuan nurse yang lain, dia mampu untuk meneruskan pembedahan tersebut sekaligus mengembalikan detak jantung pesakit yang berhenti buat seketika.

Tangan dibasuh dengan sabun sebelum keluar dari tandas. Sempat dia menayangkan senyuman tipisnya saat bertembung dengan mana-mana nurse. Langkah diaturkan ke arah cafeteria.

Ternganga nurse-nurse yang berada di situ. Mungkin tidak percaya dengan apa yang barusan dilihat.

Dr. Daniel? Senyum? Dekat hospital? Tak pernah dibuat sebelum ni. Ini pertama kali jejaka itu senyum saat bekerja. Kalau tak, memang serious 24 jam muka nya.

"Dr. Niel senyum dekat aku lah. Aku rasa dia dah mula syok dekat aku! Arghh suka nya." Mula dah perasan nya.

"Ingat sikit laki kau dekat rumah tu Tijah oi. Menggatal je kerjanya." Tercebik-cebik bibir si Tijah mendengarnya. Awning tudung nya dibetulkan sedikit.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now