二十六 : 26

769 40 8
                                    

               "Bilik korang bertiga kat sebelah sini. Saya dah kemaskan siap-siap. Good night and have a nice dream." Lembut sahaja suaranya berkata. Tadi beria menangis, sekarang perangai sama dia datang kembali.

"And the last one is Aunty. Sini Qis tunjukkan bilik Aunty..." Lengan Datin Rosella ditarik perlahan sebelum dibawa ke bilik tersebut.

"Here! Aunty rehatlah dulu. Mesti penat kan drive dari tadi? If you need anything, just call my name okey?" Muka dimaniskan. Mungkin cuba untuk mengambil hati. Nak pikat anak, kena lah pikat ibunya dahulu.

Datin Rosella hanya tersenyum sebelum menutup pintu bilik. Masa untuk merehatkan diri.

"Finally! Boleh lah aku rehat. Tak sanggup nak hadap muka perempuan gila tu lama-lama." Laju dia masuk ke dalam bilik tetamu, diikuti dengan Rayden. Dia juga nak rehat, penat tak hilang lagi.

"Take care." Sempat lagi diucapkan ayat tersebut kepada bakal isterinya. Adeline terkejut sedikit sebelum tersenyum tipis.

I will.

Mungkin jejaka itu risau tentang dirinya yang bakal sebilik dengan Qistina. Dia pun entahlah, tak tahu nak cakap macam mana. Dia risau sebenarnya sebab dia tahu yang Qistina tidak akan berdiam diri. Gadis itu penuh dengan muslihat nya.

Luca memandang Qistina yang mula berjalan ke arah mereka. Entahlah, dia dapat rasakan bahawa gadis itu mempunyai agenda tersendiri.

"Err awak tak masuk ke? Rehat-rehat dulu?" Gugup dia bertanya. Masih teringat tentang perihal tadi. Muka cuba untuk diselamba kan.

Luca hanya diam sebelum melangkah masuk. Pintu bilik tetamu dikunci dari dalam. Mereka bertiga duduk dalam satu bilik.

Tinggal lah Adeline sahaja. Dia serba salah ingin masuk ke dalam bilik Qistina.

Pandangan mata yang lembut tadi bertukar menjadi tajam saat matanya bertembung dengan mata Adeline.

"Tch... Kalau nak diikutkan hati, dah lama aku halau kau tidur dekat luar. Menyusahkan!" Bisiknya perlahan. Takut yang lain dengar pula nanti. Habis hancur rancangan nya.

Dia terus turun ke dapur. Adeline hanya memandang gadis itu sekilas.

Kau tak pernah berubah, Qis. Tetap sama macam dulu. Kau tetap benci aku walaupun semua tu bukan salah aku.

Nafas dihela kecil. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Qistina. Tiada apa yang berubah, tetap sama macam dulu.

Almari besar dibuka sebelum dia mengambil toto sederhana besar dan juga selimut. Bantal juga diambil. Toto tersebut dihamparkan di atas lantai. Getah rambut ditanggalkan sebelum diletakkan di bawah bantal. Begitu juga dengan phone miliknya.

Penatnya.

Jarak rumah parent Rayden dan rumah Puan Carine mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk sampai. Dia yang berada di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan tersebut, tidak sekalipun ketiduran. Malah, dia ralit memandang pemandangan di luar walaupun mengantuk. Dia segan mahu tidur.

Badan direbahkan ke atas toto tersebut. Terkelip-kelip matanya memandang kipas siling yang berpusing.

Klak! Pintu bilik dibuka sebelum dikunci kembali.

"Hey! Siapa izinkan kau untuk ambil toto tu? Kau bangun sekarang!" Terjegil mata Qistina melihatnya. Adeline mengeluh sebelum bangun.

"Habis tu aku nak tidur mana? Atas lantai ni tanpa sebarang alas?" Tajam matanya memandang seraut wajah Qistina yang turut memandangnya.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now