三十四 : 34

1.1K 66 8
                                    

                    Pintu bilik ditolak dengan perlahan-lahan. Kepala nya dijengulkan ke dalam untuk mencari keberadaan Rayden.

Tiada.

Kiranya dia tak masuk lagi la kot. Mesti sibuk berborak dengan kawan sampaikan bini sendiri pun kena tinggal. Bibir dijuihkan sedikit ke depan.

Nice timing jugak, boleh lah dia mandi dulu sebelum jejaka itu masuk.

Dia terus masuk ke dalam bilik sebelum menutup pintu rapat. Sebenarnya, ni bukan bilik dia. Bukan jugak bilik Rayden.

Tapi, bilik ni memang khas untuk dia dengan Rayden. Sebelum ni pun, dia tak perasan sebab bilik ni dikunci oleh Datin Rosella.

Katanya, lepas dah kahwin baru boleh masuk. First impression bila masuk pun agak terkejut sebab mewah sangat. Memang betul-betul bilik untuk pengantin.

Dia pula yang malu bila tengok hiasan bilik. Takut, nervous semua ada. Rasa nak lari ke bilik sendiri je.

Meja solek terus dituju. Ingin menanggalkan shawl yang membelit kepalanya. Sesekali dia menguap kecil saat membersihkan mukanya dengan make up remover.

Mengantuk. Dalam kepala nampak katil je.

Selesai menanggalkan shawl dan juga make up, Adeline terus membuka almari untuk mencari baju. Rimas dengan baju pengantin yang dipakai nya sekarang. Habis meleret ke bawah.

Baju tidur mickey mouse menjadi pilihan hati.

Okey lah ni. Nampak comel.

***

"Kitorang gerak dulu. Apa-apa hal, roger..."

"Jangan nakal-nakal. Kamu sangat nakal. Eh cewah..." Sempat lagi Adriel bergelek di depan pintu. Tak sempat nak gelek lebih-lebih, punggung nya dah dilibas dari belakang.

"Auch-! Lahanat mana yang sentuh punggung aku ni?! Kau ingat tak sakit ke?" Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, terpampang seraut wajah Mak Senah.

Siap bawak penyapu lidi lagi.

"Oh tahu pun sakit. Yang kamu duk tergelek-gelek macam orang gila ni kenapa? Nak kena libas lagi ke bontot hodoh tu?" Penyapu diayun kiri kanan. Bersedia nak terbang lagi sekali.

"Bontot hodoh? Excuse me? Mak Senah jangan nak buat palatau ye. I punya bontot limited eksiden. Dia punya sembang macam dah pernah tengok bontot orang." Mata dijulingkan ke atas. Suka hati dia je nak kutuk bontot orang. Ingat dia punya bagus sangat ke?

"Ha apa? Tak puas hati?" Laju dia bidas lagi sekali bila melihat wajah tua itu berkerut.

"Kamu ni-" Laju Mak Senah ayunkan balik penyapu tadi dek kerana geram. Sikit lagi nak hinggap dekat Adriel tapi malangnya terkena dekat orang lain. Jejaka itu sempat melarikan diri terlebih dahulu.

"Senah oi. Takkan aku pun jadi mangsa kamu jugak?" Tergeleng kepala Pak Hamid melihat karenah isterinya. Sakit jugaklah lengan dia yang terkena penyapu tadi.

"A-abang! Alahai macam mana boleh kena abang pulak ni? Mana budak tadi?!" Kepala duk kalut mencari tapi tangan nya sibuk menggosok lengan suaminya yang sudah merah. Serba salah pula dirinya.

Nak pukul orang lain, orang lain yang kena.

"Hah Ayden... Mana kawan kamu tu?" Sambungnya lagi. Dia baru perasan tentang Rayden yang ralit bermain phone tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now