参 : 03

1.1K 72 15
                                    

                Suasana rumah Puan Carine kedengaran sangat sunyi sekali pada malam ini. Sesekali suara cengkerik berbunyi untuk menghiasi kesunyian  rumah itu.

Adeline termenung di balkoni biliknya. Lebam biru yang berada di sudut bibirnya dipegang. Pedih. Luka itu masih baru.

Lepas satu, satu. Dia penat.

Badannya juga turut berbirat disebabkan kejadian semalam. Dia tersenyum kelat. Minda nya mula mengingati kejadian semalam.

Flashback,

Adeline ralit membasuh pinggan di dapur. Pinggan yang telah siap dibasuh terus disusun rapi ke dalam rak yang telah tersedia. Tangan turut dilap pada kain yang bersih.

Tap. Tap.

Bunyi tapak kaki seseorang menghentikan pergerakannya. Bunyi itu makin lama makin menghampiri nya sehingga kedengaran hela nafas seseorang. Pinggangnya terasa dipeluk dari belakang dengan tindakan yang agak pantas.

Membulat matanya saat itu. Tindakan refleks nya mendorong untuk menolak orang itu dengan kuat. Terus terlepas dari pelukannya.

"Apa ni?!" Bentaknya kasar. Muka dipalingkan ke belakang. Kurang ajar! Tangan dikepal geram.

Wajah anak kepada mak ngah nya terpampang di depan matanya. Dengan keadaan yang terhuyu-hayang. Dia tahu yang lelaki itu dibawah pengaruh alcohol.

Danish tergelak kecil. Mata kuyu nya memandang Adeline dengan nakal. Dilirik Adeline atas bawah sehingga mengundang ketidak-selesaan gadis itu. Mata keranjangnya mula beraksi.

"K- kau nampak cantik lah hari ni sayang." Bibirnya dijilat seksual. Adeline terlihat sangat menawan pada matanya saat ini.

"Gilaa!" Adeline cuba untuk melarikan diri daripada Danish. Pintu dapur yang ditutup oleh Danish cuba untuk dibukanya. Malangnya berkunci.

"Buka lah!" Tempiknya kuat. Tangannya menggeletar memegang tombol pintu. Keadaan Danish amat merisaukan nya. Bimbang lelaki itu bertindak di luar kawalan.

Danish mula merapati Adeline yang ingin melarikan diri itu. Pinggang Adeline ditarik rapat sehingga badan mereka bersatu. Tersungging senyuman jahatnya.

"Too late , baby." Bibir Adeline ditenung lama. Pinggang Adeline turut diramas lembut. Setiap lekuk tubuh gadis itu amat terasa dibadan nya.

Tersekat-sekat nafas Adeline saat itu. Dirinya dikepung pada dinding dapur. Dia cuba untuk meronta tetapi pegangan Danish amat kuat. Tenaga perempuan nya tak setanding untuk melawan tenaga lelaki itu.

"L- lepas! Tolong jangan buat Adel macam ni.." Bergetar bibirnya saat menuturkan ayat tersebut. Kepala Danish terasa hinggap di permukaan lehernya. Jijik. Bergerak sedikit badannya ketepi untuk mengelak lehernya disentuh oleh lelaki itu.

"T- tolongg!!"

"Diam lah perempuan!" Dinding ditumbuknya kuat apabila aktiviti nya terganggu. Merah matanya menahan marah.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang