二十九 : 29

948 44 9
                                    

                Cahaya mula menerobos masuk ke dalam bilik yang agak gelap. Serta merta menjadi cerah apabila matahari sudah naik. Jam sudah menunjukkan hampir pukul lapan pagi.

Di atas lantai bergelimpangan baju dan seluar yang agak bersepah. Begitu juga dengan bantal. Habis berteraburan di atas lantai.

"Eughh..." Kepala yang terasa sakit, dipegang. Terasa mahu pecah sahaja kepalanya saat itu. Badan nya juga terasa sakit. Dia cuba untuk bergerak tapi terhalang dek kerana sesuatu yang melilit erat pinggang nya.

Mata cuba untuk dibuka walaupun masih terasa mengantuk dan penat. Dia masih bingung dengan apa yang sudah terjadi. Siapa yang memeluk dirinya saat ini? Sekejap matanya dipejam, ingin menghilangkan rasa kantuk yang masih menguasai diri.

Buat seketika matanya membulat apabila tersentuh lengan seseorang yang masih berada di pinggang nya. Dia menyelak perlahan selimut yang masih menutup badan nya.

Laju dia menutup kembali badan nya dengan selimut apabila menyedari dirinya tidak memakai apa-apa. Kepala digeleng laju.

Tak mungkin.

Apa yang dah jadi semalam?

Menggeletar tangan nya saat itu. Dia tahu, dia sudah dinodai taktala badan nya terasa sakit. Tempat sensitif nya juga terasa ngilu saat dia cuba untuk menggerakkan badan nya.

"Kau siapa? Apa yang kau dah buat dekat aku?!" Dia memukul kasar badan jejaka tersebut sebelum menjerit kuat. Air mata lesu mengalir dari tubir matanya saat menyedari dirinya sudah tidak suci.

Tak tak. Semuanya hanya mimpi bukan?

Dia menggeleng laju. Selimut ditarik untuk menutupi tubuhnya yang tak beralas apa-apa.

"Apa yang kau nak dari aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?!" Lemah terasa suaranya saat itu. Selimut digenggam erat.

Aku nak jawab apa dekat mak? Apa kata orang kampung nanti? Kalau aku mengandung macam mana?

"Bisinglah! Kau boleh diam tak perempuan? Memekak je kerja!" Serabut. Dia terus berpaling ke arah Qistina yang masih menangis.

Senyuman sinis terbit dibibirnya apabila gadis itu terkejut dengan kehadiran nya.

"Kau yang goda aku semalam. Lepas tu, kau nak salahkan aku? Kau patut salahkan diri kau yang merayu nakkan aku semalam. By the way, you look so delicious. Tak rugi aku rasa kau semalam... Yummy." Gelak keji kedengaran di telinga Qistina. Makin kuat tangisan gadis itu.

Dia masih tak percaya dengan apa yang sudah jadi. Lagi parah, dia telah dinodai oleh seseorang yang mempunyai talian darah dengan nya. Orang yang dia percaya selepas ibunya.

"Aku adik kau! Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Hidup aku dah hancur disebabkan kau jantan! Bodoh! Aku benci kau..." Dia tak sangka yang dirinya dirogol oleh abangnya sendiri. Dia bodoh kerana mengikut rancangan emaknya semalam.

Disebabkan itulah, dirinya hancur. Niat ingin menghancurkan orang lain tapi berbalik pada diri sendiri.

Karma is real.

"I don't care. Yang penting aku dah dapat benda yang berharga dalam diri kau. Kau nak bagitahu mak? Terpulang... Kau yang goda aku, jadi tanggung sendiri akibatnya. Tak sia-sia aku balik semalam, terus dapat habuan..." Danish bersiul nakal sebelum merebahkan kembali badannya di atas katil.

Penat kerjakan adiknya sendiri semalam.

Tersengguk-sengguk gadis itu menangis. Dia jijik dengan diri sendiri. Dia sudah tak ada apa-apa lagi. Semuanya dah hancur. Bibir digigit sehingga berdarah.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now