三十六 : 36

508 37 10
                                    

                   "Eh Adel... Awal bangun? Mommy baru nak siapkan breakfast." Sampai sahaja di dapur, dia terus disapa oleh mak mertuanya yang sedang membalikkan pancakes di dalam pan.

Selalunya orang gaji mereka yang memasak tapi kali ni, dia sendiri yang nak masak untuk keluarga nya. Sekali sekala, apa salahnya kan?

Adeline hanya tersenyum "Ada apa-apa yang Adel boleh tolong ke?" Dia terus bergerak ke sinki.

Pinggan yang berlonggok di dalam sinki terus dibasuh tanpa sempat Datin Rosella nak menghalang. Wanita tua itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja sebelum tergelak kecil. Untung dia dapat Adeline sebagai menantu.

"Lepas siap, terus duduk. Tak payah nak tolong mommy. Tengahari nanti ada majlis persandingan pula, Adel kena berehat secukupnya. Mommy taknak lah tengok pengantin perempuan lesu pula nanti."

"Oh ya, Ayden mana? Kenapa tak turun sekali dengan dia?" Sambung nya lagi sambil tangan nya ligat mengalihkan pancakes yang sudah matang ke dalam pinggan. Baru teringat perihal anaknya. Sedari tadi dia dekat dapur, tak ada pula nampak bayangan anaknya. Selalunya jejaka itu bangun awal.

Adeline yang sudah selesai membasuh pinggan terus duduk di atas kerusi. Patuh akan arahan mak mertuanya "Tadi dia cakap nak pergi jogging-"

"Assalamualaikum." Panjang umur. Baru sebut, dah datang. Kelibat Rayden yang datang kearah nya dipandang dengan sekali imbas sebelum dia mengalihkan pandangan nya ke arah lain.

Too hot to handle.

Dahlah pakai baju warna putih lepastu berpeluh. Dengan rambut basah yang diraup ke belakang. Memang sengaja nak tunjuk ke apa? Tanpa sedar dia mendengus kecil.

Rayden yang lalu belakang isterinya terus mengerutkan kening. Dah kenapa? Sempat lah matanya melirik ke arah Adeline yang hampir ternganga melihat nya sebelum gadis itu mendengus kecil.

Pelik.

Bahu dijongketkan sebelum dia bergerak ke peti sejuk. Air sejuk diambil sebelum diteguk laju untuk menghilangkan dahaga nya.

"Hah Ayden.. Mommy ingatkan kamu pergi mana tadi. Jogging rupanya. Badan dah fit, nak jogging buat apa lagi?" Makanan yang dia masak sudah siap. Adeline terus menolong mak mertuanya untuk menghidangkan pancakes serta mee goreng seafood.

Sementara wanita tua itu mula mengacau satu jag air kopi panas dan teh o untuk sarapan mereka pada hari ini.

"Tetap kena jogging, my. Nanti buncit macam daddy." Selamba je dia mengutuk suami mommy nya. Gelas yang sudah digunakan diletakkan ke dalam sinki. Dia berjalan ke arah meja sebelum duduk disebelah isterinya.

Kerusi Adeline ditarik merapat "Tak berkelip kau pandang aku. Cover lah sikit mulut tu." Dia berbisik perlahan sebelum mulut kecil isterinya ditutup dengan tangan besarnya. Terus terkebil-kebil Adeline disitu. Tangan suaminya ditolak perlahan.

"Sedap kau je mengata aku kan. Yang buncit ni lah yang mommy kau duk peluk tiap malam." Dato Dariel terus berjalan ke dapur. Dia mengambil tempat disebelah isterinya. Sempat lagi dia menjeling anaknya.

Datin Rosella yang mendengar kata-kata suaminya terus memukul lengan itu dengan perlahan. Ada ke patut dia cakap macam tu depan anak menantunya? Mana dia nak letak muka dia ni?

"Dah makan-makan. Jangan peduli apa yang daddy kamu tu cakap. Mengarut je kerja." Suaminya disebelah hanya mampu tergelak kecil. Tak mengaku pula. Malu lah tu.

Mereka mula menjamu selera. Rayden yang melihat Adeline termenung terus mengerutkan kening "Makanlah. Kau nak tunggu mee tu masuk dalam mulut kau ke?" Suara diperlahankan. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now