十はつ : 18

876 52 0
                                    

               Rayden turun ke bawah. Kelibat Datin Rosella kelihatan di ruang tamu sambil membaca majalah. Berkerut dahinya saat itu.

Tak kerja ke? Eh lupa, hari ni cuti.

Dia menghampiri Puan Rosella sebelum punggung dilabuhkan di tepi mommy nya. Majalah ditangan mommy nya dipandang.

"Ayden? Kenapa ni?" Wanita separuh abad itu meletakkan kembali majalah ke atas meja. Tumpuan diberikan oleh anaknya. Pelik melihat telatah anaknya yang seorang itu. Mesti ada sesuatu yang dia ingin luahkan.

"Aulia bahaya my... Dia serang Adel. Boleh pulak dia cakap yang Ayden ni boyfriend dia. Gila lah perempuan tu." Tergeleng kepala nya apabila mengingati kejadian yang lepas. Besar kecil je dia tengok gadis itu.

"Dia serang Adel? Bila? Kenapa mommy tak tahu pun?" Terpampang riak terkejut dan risau pada wajah Datin Rosella.

"Kelmarin... Nasib baik Ayden tergerak hati nak balik rumah. Kalau tak, tak tahu lah apa yang jadi nanti."

"Bahaya lah budak tu. Mommy risau dia punya perangai tu datang balik..." Datin Rosella mengeluh. Terasa serabut pula dengan Aulia. Tak habis-habis buat masalah.

Dia ingatkan Aulia dah makin elok selepas pulang dari overseas. Tujuan Aulia ke sana adalah untuk belajar dan juga berubat. Dia ada masalah mental sebenarnya. Sejak dari kecil. Tahap penyakit mental dia agak teruk sehingga boleh mencederakan orang lain.

Dia kesana pun sebab dipaksa oleh keluarganya. Kalau tak paksa memang tak jalan. Itu pun ada syarat.

"Ayden risau lah dekat Adel." Tersungging senyuman tipis di sudut bibir Datin Rosella. Tak pernah-pernah anaknya mengambil berat sebegini terhadap orang luar semenjak kes Nadine tempoh hari.

Entah kenapa, hatinya berbunga-bunga melihat anaknya mengambil berat terhadap Adeline. Dia seratus peratus setuju jika anaknya berjodoh dengan Adeline.

"Apa yang kamu risau? Kamu risau Aulia sakitkan gadis kesayangan kamu ke?" Serkap Datin Rosella laju. Saja ingin melihat reaksi anaknya.

"Ye... Eh tak! Apa ni mommy?" Berkerut sesaat dahi Rayden. Gelabah dia sekejap. Apa yang gadis kesayangannya? Sejak bila?

Datin Rosella tergelak kecil. Dia menggeleng sebelum memegang kedua-dua belah bahu anaknya "Kahwin dengan dia, Ayden and take care of her." Serious sahaja wajahnya saat itu.

Membulat mata Rayden mendengar nya. Married? A big no! "Kenapa sampai kahwin? Ayden risaukan dia je bukan nya nak ajak dia kahwin!" Ingat kahwin ni benda main-main ke?

Dia masih tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebesar itu. Diri sendiri pun macam tunggang langgang. Macam mana nak jaga gadis itu?

"Itu satu-satunya cara untuk jaga dia, Ayden. Nanti apa pula orang kata kalau tengok Adel serumah dengan kita tanpa sebarang pertalian? Lagi senang Ayden nak jaga dia kalau korang dah kahwin."

"Adel setuju." Suara Adeline tiba-tiba kedengaran. Elok dia berdiri di hadapan Rayden dan Datin Rosella. Dia sudah dengar semuanya dari tadi.

Tangan digenggam erat. Betul juga apa yang dibicarakan oleh Datin Rosella. Perkahwinan yang terjadi mungkin atas dasar menjaga nya sahaja. Tapi dia percaya yang perkahwinan itu akan terjadi seperti pasangan di luar sana.

"Adel?" Termati kata-kata Rayden. Dia masih tak percaya dengan apa yang jadi. Serabut pula memikirkan perkara ini.

"Adel betul-betul setuju?" Tanya Datin Rosella menginginkan kepastian. Dia mengamit gadis itu untuk duduk didepan nya.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now