十五 : 15

953 59 0
                                    

               Kereta milik Rayden berhenti di kawasan tasik. Kedua-dua nya keluar dari kereta.

"Encik, kita buat apa dekat sini?" Tanya Adeline perlahan, dia duduk di bawah pohon yang rendang diikuti dengan Rayden. Dia pun tak tahu apa motif Rayden membawa nya ke sini.

Rayden melabuhkan punggung nya ditepi Adeline. Pandangan nya dilemparkan ke arah tasik "Release tension." Lengan baju dilipat sehingga ke siku. Alasan kedua sebenarnya. Alasan pertama nya adalah untuk menyelamatkan gadis itu daripada cengkaman Aulia.

Si psiko.

"Ouh."

"Sakit lagi ke pipi tu ?" Tanya Rayden tiba-tiba. Pipi Adeline merah dan ada kesan cakar sedikit. Mungkin terkena kuku Aulia.

"Um... kurang dah" Tipu nya. Pipi disentuh lembut. Makin menyengat adalah rasa sakit tu. Tapi dia taknak lah menyusahkan jejaka itu. Kuat betul perempuan tu tampar dia.

Rayden bangun sebelum ke kereta nya. Tindakan jejaka itu membuatkan Adeline tertanya-tanya "Encik nak pergi mana?" Dia turut bangun. Takkan lah Rayden nak tinggal dia kat sini?

Pertanyaan itu dibiarkan sepi. Dia melihat Rayden mengambil sesuatu di dalam kereta sebelum kembali ke arahnya. Tak nampak pula barangan apakah yang diambilnya itu.

"Duduk.." Lebih kepada arahan. Adeline duduk kembali di tempat asalnya. Kenapa ni? Terkebil-kebil matanya memandang jejaka itu.

"Encik nak buat apa ni?"

"Bunuh kau." Selamba. Banyak tanya betul. Dia meletakkan first aid kit di atas rumput. Ubat dan plaster dikeluarkan. Berkerut dahi gadis itu mendengarnya. Bunuh orang dengan first aid kit? Tak pernah dengar lagi.

Ubat dituangkan sedikit di atas kapas sebelum dia memandang Adeline yang ralit memandangnya. Kapas tersebut disapu perlahan pada pipi dan hujung bibir gadis itu yang terluka. Terdiam Adeline. Dibiarkan sahaja perbuatan Rayden.

Matanya ralit menatap seraut wajah milik Rayden. How can he be so perfect ?! Tak berkelip langsung matanya.

"Puas tatap aku?" Kedengaran sedikit annoying. Tersentak gadis itu dibuatnya. Dilihatnya, Rayden sudah menyimpan kembali barangan yang telah digunakan. Pipi yang terasa asing, dipegang. Ada plaster rupanya.

"Err, terima kasih Encik." Rayden hanya diam. Tanpa ada niat untuk membalas balik. Kotak first aid kit diletakkan ke tepi.

Mereka sama-sama menikmati permandangan dan angin-angin sepoi yang mula menampar tubuh mereka. Sisi wajah jejaka itu dipandang buat seketika. Adeline tersenyum sedikit, walaupun Rayden kelihatan dingin tetapi dia tetap menjaga nya dalam diam.

Dia tertanya-tanya kenapa sikap Rayden berubah tempoh hari tapi dia taknak membuka kembali topik semalam. Bimbang jejaka itu makin dingin.

Mungkin dia ada tersalah cakap.

"Hai akak, abang! Kalau saya nak tangkap kan gambar korang boleh tak?" Gadis berbaju purple tiba-tiba menghampiri mereka bersama dengan camera di tangan. Bersinar mata gadis itu seperti teruja.

Adeline memandang Rayden. Dia tak tahu nak setuju ke tak. Kalau Rayden taknak macam mana?

"Boleh... Tapi kena lah tanya akak tu dulu." Di luar kotak pemikiran Adeline. Dia ingatkan jejaka itu akan berdiam diri.

Gadis itu memandang Adeline seperti berharap. Sangat comel bagi pandangan Adeline "Anything for you, cutie girl..." Rambut gadis itu diusap lembut.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now