二十五 : 25

806 46 20
                                    

                 Datin Rosella berdehem. Dia duduk di tengah-tengah antara Adeline dan juga anak lelaki nya. Luca pula duduk di sebelah Rayden dan kawan nya lagi seorang pula elok bersimpuh di atas lantai dek malas nak duduk atas sofa.

Risau dijampi katanya.

"Tujuan kami kesini kerana ingin menjemput kamu berdua untuk hadir ke majlis kahwin anak saya dan juga Adeline. Jemputlah datang nanti kalau tak ada sebarang urusan." Kad jemputan diserahkan kepada Puan Carine. Kad itu kelihatan simple tapi menarik. Dengan gabungan warna emas dan juga hitam.

Kad itu disambut oleh Puan Carine. Matanya merenung nama yang tertera di situ.

Adeline Hailey Binti Abdullah. Dia dah agak. Memang dari kecil nama gadis itu begitu kerana ketiadaan ayah dan ibunya ssndiri yang melarang keras untuk meletak nama ayah kandungnya. Entah hidup ataupun tidak, dia sendiri pun taknak ambil tahu. Itu juga sebab kenapa dia benci sangat dengan ibu Adeline dan juga gadis itu.

Baginya, arwah ibu Adeline telah memalukan keluarga. Disebabkan dirinya, ibu bapa mereka meninggal.

"Hm tengoklah macam mana... Qis, pergi buatkan air." Arahnya. Qistina terus bangun ke dapur selepas diarahkan. Kad diletakkan atas meja. Ralit dia memandang gelang tangan yang dipakai oleh Datin Rosella.

Dia tahu mesti keluarga tersebut kaya. Dari cara pemakaian dorang dan juga kereta yang dibawa memang high-class. Cuma satu perkara yang terlintas difikiran nya saat ini. Macam mana Adeline boleh terjumpa dengan dorang?

"Air tu jangan letak racun pula! Aku taknak mati lagi. Adios! " Sempat dilaungnya ke arah Qistina sebelum dia keluar dari rumah untuk mencari internet. Internet pun tak ada dekat sini, macam mana dia nak main game nanti.

Qistina yang berada di dapur, mengeluh berat. Geram pula melihat perangai jejaka itu. Dari tadi tak habis-habis cari pasal dengan nya. Sempat dia menoleh sekilas ke arah ruang tamu untuk melihat Adeline.

"Kenapa nyawa kau liat sangat hah? Aku fikir kau dah mati kena makan dengan haiwan buas. Tapi tak sangka pula yang kau masih hidup dan boleh pula kau jumpa keluarga kaya tu!" Suara diperlahankan. Air di dalam jag, dikacau dengan geram. Sakit hatinya melihat senyuman gadis itu.

Lagi sakit apabila melihat gadis itu nampak bahagia disamping jejaka kacak itu.

"That boy, hmm kacak. Lagi syok, kalau tiba-tiba pengantin perempuan berubah. From Adeline to Qistina. Mesti hidup kau akan kembali sengsara kan?" Bibirnya tiba-tiba mengoyak senyuman jahat.

Tak sabar pula nak nantikan perkara tersebut terjadi. Beberapa gelas pantas disusun ke dalam dulang.

"Kenapa kau ajak dia? See, perangai bodoh dia tetap tak berubah." Bisik Luca tak puas hati. Dari tadi lagi dia geram sebenarnya tapi kena sabar.

"Nanti merajuk pula kalau tak ajak." Ujarnya mendatar. Tangan dipanjangkan sebelum dia mencuit lengan Adeline yang berlapik. Bila gadis itu menoleh ke arahnya, dia terus buat-buat sibuk dengan phone. Perangai.

Adeline menjeling jejaka itu sekilas. Macam lah dia tak perasan. Dia mengecilkan dirinya di sebelah Datin Rosella. Taknak bagi Rayden nampak dia. Sempat dia mengacukan penumbuk kecilnya saat perasan jejaka itu memandangnya.

Tangan kecil, ada hati nak tumbuk orang.

"Adel sihat?" Soalan Puan Carine menghentikan kesunyian yang melanda. Terkejut gadis itu dibuatnya sebelum dia memandang wajah yang berada di hadapan nya itu.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now