二十一 : 21

789 42 0
                                    

                 "Yang ni lagi lawa lah!"

"No, yang ni lagi lawa!" Dia tetap dengan pendirian nya. Makin berkerut dahi Adeline. Dia bercekak pinggang di hadapan Rayden.

"Siapa yang pakai nanti? Awak ke Adel? Adel taknak pakai yang terlebih kembang tu! Nanti susah pula nak berjalan." Laju mulutnya berkata. Baju yang menjadi pilihan Rayden tersangat mewah bagi nya.

Nanti habis meleret. Kalau dia jatuh macam mana? Tak ke malu dibuatnya?

"Apa yang susah? Jalan je lah macam biasa. Kalau tak boleh jalan, aku boleh dukung... Settle." Kening diangkat tinggi. Bagai memprovok gadis itu dalam diam.

Mata dijegilkan ke arah Rayden. Dia menggeleng laju "Taknak! Adel nak yang simple. Please..." Hujung baju Rayden ditarik perlahan sebelum dikuis-kuis dengan jarinya.

"Tapi Ayden nak yang tadi. Please..." Lebih kepada mengejek. Hampir sahaja dia tergelak melihat raut wajah Adeline yang makin masam.

Kalah buah oren.

Geli hati Datin Rosella melihat gelagat bakal pengantin itu. Kepala digeleng perlahan. Dia mendekati kedua-dua nya.

"Biar mommy je lah yang pilihkan. Nak tunggu korang buat keputusan memang sampai ke sudah tak beli. Sekarang pergi main jauh-jauh." Lebih kepada gurauan. Nak cair tahi telinga dia dari tadi mendengar omelan dua ketul tu.

Masing-masing taknak mengalah.

Adeline tersenyum. Lebar senyuman nya sebelum dia memeluk lengan Datin Rosella "Psst psst... Adel nak yang simple tau.  Jangan dengar cakap anak mommy yang sorang tu." Dia berbisik lembut sebelum menjarakkan diri kembali.

Datin Rosella menahan senyum sebelum mengangguk "Anything for you. Now pergi main jauh-jauh. Biar mommy pilih dengan hati yang tenang." Tangan dibuat seperti menghalau.

"Dia bisik apa mommy? Mana aci macam tu."

"Aci kat India! Bluerk!" Laju gadis itu melarikan diri apabila melihat renungan tajam Rayden yang seperti nak makan orang tu.

"Argh mommy! Tolong!" Dia langsung tak berpaling ke belakang. Tadi dia nampak Rayden seperti mengejarnya.

Kaki nya yang pendek mana mampu nak lawan kaki Rayden!

Datin Rosella hanya mampu tergelak. Dia memandang langkah mereka yang semakin jauh. Senyuman mekar terbit dibibirnya. Melihat mereka yang bergurau senda mampu membuatkan dirinya bahagia.

Alhmdulilah. Nampak nya, dia buat keputusan yang betul dengan menjodohkan anaknya sendiri dengan Adeline.

Mudah-mudahan mereka mampu untuk menjaga antara satu sama lain dari pelbagai ujian yang akan datang. Lagi-lagi Aulia.

Senyuman nya mula kendur. Teringat tentang Aulia, membuatkan hati tuanya tidak tenang. Gadis itu mempunyai sikap panas baran dan penyakit mental yang teruk. Dia bimbang gadis itu menyakiti orang yang dia sayang.

Aulia is Aulia. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, dia tak akan berhenti. Walaupun terpaksa membunuh.

"Got you!" Tali sling bag milik Adeline dipegang sekaligus menghentikan langkah gadis itu. Hampir sahaja gadis itu terdorong ke depan sebelum dia mengimbangkan kembali badan nya.

"S- stop! Sabar dulu... Kejap lagi sambung balik." Adeline mencari nafas yang sudah hilang. Dia penat. Peluh yang menghiasi dahinya, dilap dengan hujung baju.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu