二十八 : 28

840 41 8
                                    

              Pintu bilik yang terbuka menghentikan segala lamunan yang singgah di otaknya. Dia mengesot ketepi sedikit ingin memberi ruang kepada wanita separuh abad itu untuk melabuhkan punggung nya.

Senyuman yang dilemparkan oleh gadis itu, tak dapat menutup kesedihan yang membelengu dirinya.

"Mommy tahu ada sesuatu yang terjadi diantara kamu dengan Ayden sampaikan kamu berdua tak bertegur sapa. Bincang elok-elok. Kalau boleh, mommy taknak lah kamu berdua bermasam muka. Tak elok. Hilang seri bakal pengantin nanti..."

"Kalau taknak story dekat mommy, it's okey. Mommy faham. Siapa lah kan mommy ni. Bukan penting pun." Kedengaran sedih pula suaranya saat itu. Sengaja ingin mengusik gadis itu.

Laju Adeline menggeleng "Mommy penting sangat-sangat! You're queen. Our gorgeous queen. Adel bukan tak nak story tapi benda tu tak penting pun. Cuma salah faham sedikit. So far, our relationship is totally fine..." Nafas dihembus perlahan.

Yes. Salah faham yang membuatkan mereka tidak bertegur sapa. Sampaikan Rayden taknak pandang langsung wajah nya.

Tapi dia taknak lah mengadu domba. Biarkan mereka berdua yang selesaikan masalah itu sendiri.

"Hmp! Nasib Adel pandai pujuk mommy. Selalunya daddy yang pujuk. Come mommy nak peluk." Laju tubuh kecil milik gadis itu dipeluk erat. Erat sekali pelukannya membuatkan gadis itu selesa.

Pelukan seorang insan yang bergelar ibu.

"Fix selagi boleh. Masalah yang kecil boleh jadi besar kalau kita tak tangani awal-awal. Pasal dekat dapur tadi, Adel jangan ambil hati ye? Mak ngah Adel tu saja nak bergurau agaknya." Belakang badan Adeline diusap lembut. Cuba untuk memujuk.

Siapa je yang tak terasa hati saat dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perbandingan yang dibuat akan merendahkan orang lain. Itu yang sakit sebenarnya.

Adeline mengangguk perlahan, serta merta dia teringat akan peristiwa di dapur tadi. Itu bukan gurauan.

Puan Carine masih sama. Masih bencikan nya. Sengaja sakitkan hatinya. Sama juga dengan Qistina. Takkan pernah puas hancurkan hidupnya.

"Tak apa, Adel faham. Mak ngah memang macam tu. Dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap..." Mulut dan hati tidak seiring. Bibir dikemam lembut.

'Qistina lebih layak.' Terngiang-ngiang ayat tersebut dalam otaknya. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Disaat dirinya ingin mengecapi kebahagiaan, disitu lah segala masalah muncul. Seakan menghalang dirinya untuk bahagia.

"Apa pun yang jadi. Mommy tetap akan ada dengan Adel. Always..." Dahi Adeline dikucup lembut. Dia ingin gadis itu tahu yang dia akan sentiasa ada. Gadis itu takkan keseorangan.

***

"Bodoh! Hancur plan aku." Badan dihempaskan ke atas katil. Serabut otaknya memikirkan apa yang sudah jadi tadi. Lain yang dia rancang, lain pula yang jadi.

Buat seketika, bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Walaupun plan itu gagal, dia tetap berjaya buat Rayden bencikan Adeline. Itu pun dah lebih dari cukup sebenarnya.

Biarkan Adeline sengsara dengan perlahan-lahan. Itu yang dia inginkan. Biar gadis itu rasa apa yang dia rasa.

Tapi, esok mereka dah nak balik. Takkan lah, semua benda yang dia rancang akan berakhir macam tu sahaja?

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now