九 : 09

1K 67 0
                                    

               Hari berganti hari. Sekarang tiba lah masanya untuk keluar dari hospital apabila keadaan makin membaik.

Sejak pertama kali dia dimasukkan ke hospital sehingga lah sekarang, Datin Rosella tak pernah langsung merungut sewaktu menjaga dirinya. Dia ditatang bagai minyak yang penuh walaupun dia bukanlah siapa-siapa untuk wanita itu. Dia hanya lah orang luar.

Orang luar yang tidak mempunyai apa-apa. Dia hidup sebatang kara selepas dibuang oleh mak ngah nya. Senyuman pahit terbit dibibirnya apabila teringat akan kejadian tempoh hari.

Mungkin dia tak ingat apa yang jadi sehingga dirinya terlantar di hutan tetapi dia tetap tahu perbuatan siapakah yang membuatkan nya berada di situ.

"Dah sedia untuk balik?" Soalan Datin Rosella mengejutkan dirinya. Dia yang ralit termenung di luar tingkap terus menoleh ke arah wanita separuh abad itu. Sejak bila dia masuk? Ke aku yang ralit sangat termenung? Dia terbatuk kecil sebelum memusingkan badan nya menghadap Datin Rosella.

"Balik? Balik kemana?" Soalan berbalas soalan. Otak nya masih loading. Terkebil-kebil matanya memandang Datin Rosella yang tengah tersenyum.

Datin Rosella duduk di tepi Adeline sebelum kedua-dua belah bahu gadis itu dipegang "Balik rumah Aunty. Kan Aunty dah cakap yang Aunty akan jaga Adel." Terang Datin Rosella lembut.

"T- tapi..."

"No buts. Adel tetap akan tinggal dengan keluarga Aunty." Pintas nya tegas. Keputusan dia dah bulat. Dia ingin gadis itu sentiasa ada dengan nya.

Adeline mengeluh perlahan. Dia hanya mengangguk. Tiada daya untuk membantah lagi. Lagipun, mana dia nak tinggal nanti? Dia bukan nya ada duit pun. Sehelai sepinggang je keadaan dia saat ini. Lebih baik dia ikut kan aje.

"Adel akan ikut tapi ada satu syarat." Dia ada terfikir akan satu benda yang dia boleh buat untuk membalas jasa Datin Rosella. Dia harap wanita itu boleh pertimbangkan syarat nya.

"Apa syaratnya? Aunty akan cuba penuhi syarat Adel."

Adeline menarik nafas dalam. Tangan Datin Rosella digenggam lembut.

"Adel nak kerja sebagai maid dekat rumah Aunty. Boleh? At least, ada juga alasan kenapa Adel tinggal kat situ." Berhati-hati dia menuturkan kata-kata. Dia taknak tinggal percuma. Nanti apa pula orang kata.

Datin Rosella terdiam buat seketika sebelum mengangguk kecil. Betul juga kata gadis itu. Dia ada anak lelaki, bimbang terjadi kesalah-fahaman nanti. Lagipun, boleh lah gadis itu meringankan beban pembantu rumah mereka.

Adeline tersenyum lebar apabila mendapat persetujuan tersebut. Dia bangkit dari duduknya perlahan-lahan. Kaki nya terasa kebas sedikit. Mungkin kerana asyik duduk tanpa bergerak ke mana-mana.

"Sakit lagi ke?" Tanya Datin Rosella prihatin. Matanya memerhati tindak-tanduk Adeline yang seperti tidak senang duduk.

"Tak adalah. Cuma rasa kebas sedikit." Berkerut dahinya menahan rasa kebas yang semakin menjadi-jadi. Dia duduk kembali di atas katil. Kaki diurut perlahan.

"Biasa lah tu, bila lama tak berjalan. Nanti dah sampai dekat rumah Aunty, memang tak cukup tangan Adel nak handle semua benda." Niat di hati nak mengusik jer tapi apabila melihat riak wajah Adeline yang terkejut mengundang gelak tawa kecilnya.

"Err rumah Aunty besar sangat ke?" Dia mengemam bibir lembut. Habislah dia nanti. Silap hari bulan, awal-awal dah surrender.

Datin Rosella mengangguk "Besar sangat. Aunty pun tak larat nak jalan dekat rumah sendiri." Rumah dia memang besar tapi dia tak adalah kejam sangat nak suruh pembantu dia mengemas satu rumah. Setiap bulan, dua tiga orang cleaner untuk mencuci rumahnya.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now