十二 : 12

947 64 0
                                    

                Adeline berguling-guling di atas katil. Jam di dinding dipandangnya. Sudah hampir jam sebelas malam. Sebelum ni, dia akan tidur awal tapi malam ni tiba-tiba matanya tak boleh nak lelap walaupun dipaksa.

Keluhan berat terbit dibibir nya. Pipi ditekup dengan kedua-dua belah tangan nya. Dia bosan. Tak tahu nak buat apa. Kaki diayunkan kiri ke kanan. Nak minum air, malas nak keluar. Complicated betul jadi perempuan ni.

"Aish, minum je lah!" Penat berlawan dengan perasaan malas. Dia terus bangun sebelum keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup dengan perlahan-lahan.

Gelap.

Perkataan pertama yang keluar dari bibir saat kakinya melangkah keluar. Berhati-hati dia berjalan, takut terlanggar apa-apa. Tangan mula menggagau untuk mencari suis lampu.

Dalam sibuk mencari, tiba-tiba dia ternampak akan kelibat putih yang lalu dihadapannya. Kaki terus terpaku ditempat yang dia berdiri. Lebih kepada terkejut.

Apa tu?

Meremang bulu romanya saat itu. Dia tak salah nampak kan? Nak lari pun, nak lari mana? Semuanya gelap gelita. Perlahan-lahan kakinya berundur ke belakang. Nafas ditarik dalam. Jangan jerit Adel, jangan jerit. Sabar.

Pap!

Bahu terasa ditepuk dari belakang. Dia tersentak "A- arghh hantu hantu!!" Tangan nya terus memukul gerangan yang menepuk bahu nya tadi. Lebih kepada tindakan refleks.

Gerangan itu terkejut sebelum cuba untuk mengelak. Lengan baju Adeline dipegang untuk menghentikan nya.

"Woi... ni aku lah!" Berkerut dahi Rayden saat itu. Perempuan ni dah kenapa? Dah lah duduk dalam gelap, lepas tu menjerit tak tentu pasal. Tak reti nak buka lampu ke?

Adeline menghela nafas lega apabila mendengar empunya suara itu. Dengan sekelip mata, dapur mula terang dengan lampu. Terkelip-kelip matanya memandang Rayden yang turut memandangnya.

"Kau kenapa? Macam nampak hantu je." Lengan baju Adeline dilepaskan. Dia menjarakkan dirinya dengan gadis itu. Janggal pula bila terlalu dekat.

Memang nampak hantu pun. Ayat itu diucapkan dalam hati. Dia menggeleng kan kepalanya laju bila teringat akan hal tadi. Mungkin disebabkan dia tidur lewat, jadi dia nampak benda yang bukan-bukan.

"Geleng-geleng pula. Sah gila." Tak faham betul aku dengan perempuan ni. Tanpa pedulikan Adeline, dia pantas bergerak ke sinki. Tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum tangan nya yang basah dilap pada kain yang bersih.

Gadis itu masih berdiri tegak. Diam tidak berkutik. Seram pula Rayden melihat nya. Dia dah kenapa?

"Adel? Kau dengar tak? Hello? " Tegur Rayden bersama dengan lambaian di hadapan muka gadis itu. Tersentak gadis itu. Dia macam baru tersedar dari lena yang panjang.

"Dengar-dengar. Sorry Encik... Ehem, Encik nak minum ke?" Macam mana dia boleh termenung tadi? Haih, Adel-Adel.

Rayden mengangguk "Tapi tak apa lah, aku boleh buat sendiri." Dua gelas di atas rak diambil sebelum serbuk milo dicapai. Dia menuangkan susu pekat ke dalam kedua-dua gelas selepas meletakkan serbuk milo dan air panas. Air tersebut dikacau dengan sudu.

Adeline hanya melihat kelakuan Rayden. Dia duduk di atas kerusi. Nampak gaya nya, dia kena tunggu lah lelaki itu buat air dulu baru lah dia boleh buat untuk dirinya.

Rayden duduk di hadapan Adeline. Segelas air milo buatan nya diletakkan di depan gadis itu "Nah, minum." Segelas lagi diminum oleh dirinya .

Tingkah laku jejaka itu membuatkan Adeline tertanya-tanya. Pelik sangat. Anak majikan dia ni, ada termakan apa-apa ke? Ke dia demam?

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now