二十四 : 24

757 40 0
                                    

                "Serious lah gila? Kita pergi sana tiga hari je. Yang kau bawa beg macam nak pergi setahun ni dah kenapa? Buang tebiat?" First time si Luca membebel sewaktu meletakkan barang di dalam kereta.

Elok dia bercekak pinggang di tepi kereta. Bukan apa, dia terkejut apabila melihat bagasi yang dibawa oleh Adriel saat dia tiba di rumah jejaka itu. Bukan satu tau tapi dua. Itu tak termasuk lagi dengan beg galas nya. Kalah perempuan. Apa yang dia sumbat dalam beg pun tak tahu lah.

"Banyak celah mana? Tu baru sikit. Lagipun, aku bawa barang keperluan aku je. Salah ke?" Dia tetap menyumbat bagasi dan beg nya ke dalam bonet kereta tanpa menghiraukan langsung pandangan tajam milik Luca.

Mana lah tahu tiba-tiba diorang kena halau ke. At least dia dah standby khemah untuk tidur nanti. Ye lah, dekat sana kan kawasan kampung. Takut tak jumpa hotel.

Luca menggeleng. Dia keluarkan balik barang-barang yang baru diletak oleh Adriel. Bonet ditutup "Pergi simpan yang lain. Bawa satu beg je. Satu! Faham?" Lebih kepada arahan.

"Tak faham. Aku nak bawa semua. I don't care! " Pintu kereta seat belakang dibuka. Bagasi disumbat. Tak boleh dekat bonet, dekat sini pun boleh.

Adriel is Adriel. Tetap dengan pendirian nya yang tadi. Pintu kereta ditutup rapat.

"Adriel..." Dingin. Penat nak melayan karenah Adriel yang satu tu. Laju jejaka itu masuk ke dalam kereta. Tindakan yang tepat dan selamat. Dia tahu yang Luca bakal mengalah sekejap lagi.

Luca jenis yang malas nak panjangkan cerita. Buang masa kata nya.

Ting!

Phone pantas dikeluarkan. Melihat nama Rayden terus dia dapat agak bahawa mereka dalam perjalanan ke rumah Adriel.

On the way... See?  Phone disimpan kembali. Tajam mata nya memandang Adriel yang enak bersandar pada kerusi kereta. Kaki nya disilang seperti boss besar. Keluhan terbit dibibirnya.

Menyesal aku jemput kau. Gumam nya dalam hati.

***

Dua buah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah kayu moden tersebut. Enjin kereta pantas dimatikan.

"Mana mak cik puaka tu? Aku nak tengok muka dia sikit." Riuh kedengaran suara Adriel yang baru keluar dari kereta diikuti dengan Luca.

Dia dan Luca naik satu kereta manakala Rayden pula dengan Adeline dan juga Datin Rosella.

"Bising lah awak ni. Saya hempuk dengan beg kang." Adeline tiba-tiba bersuara. Sakit telinga dia mendengar dari tadi.

Cemberut habis mukanya. Dia dah lah tengah gementar. Ditambah lagi dengan suara jejaka itu yang bising, lagi membuatkan dirinya serabut.

Adriel terkejut beruk. Seriously? Baby Adel marah dia? "Apa ni? Kenapa you marah I pula?" Tak puas hati sahaja mukanya saat itu. It's hurt right here! in my chest!

"Kau yang bising. Cuba diam sikit macam Luca tu." Kepala digelengkan perlahan. Rayden mengikut langkah mommy nya dan Adeline yang sudah menghampiri pintu rumah tersebut.

Luca menjeling Adriel sekilas. Masih tak puas dengan kejadian tadi "Jaga tingkah laku kau. Kita bukan dekat KL." Laju dia berjalan meninggalkan Adriel di belakang.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now