三十 : 30

903 44 0
                                    

               Masing-masing redha mendengar apa yang dibebelkan oleh Datin Rosella. Pot pet pot pet dari tadi. Macam-macam reaksi ada. Ada yang terlelap dekat kerusi. Ada yang termenung. Yang ternganga pun ada.

Silap Rayden kerana berhenti di kedai makan. Sekarang, mereka kena tebalkan muka apabila dilihat oleh orang lain.

"Macam tu lah cerita nya. Menyesal mommy ajak kamu semua pergi rumah dia. Kalau tidak, memang habislah Ayden nanti. Kena perangkap!" Kepala digelengkan perlahan. Nauzubillah. Air oren dihirup laju apabila sudah habis bercerita.

Terasa kering tekak nya akibat membebel dari tadi.

"Mommy nak pergi tandas sekejap." Sambungnya lagi. Laju dia bangun dari kerusi sebelum berjalan ke tandas yang berhampiran.

Sekarang hanya tinggal mereka berempat.

Adriel yang ternganga dari tadi, ditampar perlahan oleh Luca. Muka tak boleh nak cover langsung. Nasib tak keluar air liur nya.

Terus tersengguk dia akibat terkejut "Hah? Apa?" Macam baru tersedar dari dunia nya tersendiri. Ingatkan kusyuk sangat dengar.

"Kau tu yang kenapa? Ternganga dari tadi. Nasib lalat tak masuk dalam mulut." Dari tadi lagi dia memerhati rakan nya itu. Dia punya ternganga tu macam nak bagi gajah masuk.

"Mengantuk..." Sepatah sahaja dia menjawab. Sesekali dia menguap kecil. Penat barangkali kerana lama duduk dalam kereta walaupun si Luca yang drive. Bila berhenti dekat kedai makan, Datin Rosella pula yang membebel macam tak ada hari esok.

Makin mengantuk dirinya. Kuyu sahaja matanya saat itu.

Luca menggeleng perlahan. Dia memandang Rayden yang ralit dengan telefon bimbitnya. Fokus sangat. Masing-masing buat kerja sendiri kecuali Adeline.

Gadis itu sudah ketiduran dengan pipi kanan yang diletakkan ke atas meja. Mungkin mengantuk selepas mendengar bebelan Datin Rosella.

"Ray..." Panggil nya perlahan. Taknak bagi gadis itu dengar walaupun tengah tidur. Mana lah tahu, dia pura-pura tidur ke?

Rayden terus mengangkat kepala dari menghadap telefon miliknya. Kening dijongketkan dengan penuh tanda tanya.

"Sampai bila kau nak layan Adel macam tu?" Cukup perlahan dia bersuara. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

Terus berubah riak wajah Rayden sebelum dia berdehem kecil. Enggan untuk menjawab soalan itu. Dia memandang Adeline sekilas sebelum melihat telefon nya kembali.

"Kejutkan diorang. Aku nak pergi bayar minuman..." Dia cuba untuk mengelak dari menjawab soalan tersebut. Laju dia bergerak ke kaunter.

Jejak langkahnya diperhati oleh Luca. Nafas dihela kecil. Junjunglah ego tu tinggi-tinggi. Nanti menyesal tak sudah.

Malas nak masuk campur. Pandai-pandai lah mereka berbaik sendiri. Masing-masing dah besar.

Dia memandang Adriel dan Adeline silih berganti sebelum menyepak kerusi kedua-duanya. Terus tersedar mereka berdua akibat terkejut.

Blur habis.

"Balik..." Dengan santai dia berdiri. Tak ada rasa bersalah langsung. Senyuman dilemparkan saat melihat Datin Rosella datang ke arah mereka.

"Ayden mana?"

"Kaunter." Datin Rosella mengangguk. Beberapa helai tisu diambil. Dia memandang Adriel dan Adeline yang masih mamai.

"Pergi basuh muka. Kita dah nak balik dah. Nanti sambung tidur dalam kereta." Dia menepuk perlahan bahu kedua-duanya. Kasihan pula bila tengok muka masing-masing yang tidak bermaya.

𝐌𝐫𝐬 𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧 [ SU ] Where stories live. Discover now