Bab 3

46.8K 5.2K 5.2K
                                    

          "Pahal kau tak tumbuk je muka budak tu tadi? Aku geram je nak jolok lubang hidung dia tau tak?," tanya Silver kepada Aaden. Mereka berjalan beriringan untuk ke kereta yang sudah menunggu mereka.

          Aaden hanya berjalan tanpa kata. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar sekolahnya. Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Jangan sampai lubang hidung kau yang aku jolok. Pandailah aku jaga diri aku.

          "Sampai bila kau nak bercakap dalam hati macamtu? Kau ni gila ke bodoh? Jangan sampai aku tumbuk muka kau baru kau reti nak bercakap. Kang tak pasal-pasal cacat muka kau yang bajet hensem tu," kata Cayden kepada Aaden.

          "Apa bodoh? Jangan serabut boleh tak? Adik aku mana?," akhirnya Aaden mengeluarkan suaranya.

          "Hah. Boleh pun bercakap. Ingatkan bisu tadi. Baru aku plan nak sepak muka kau," kata Cayden mendatar.

          "Tu adik kau," kata Callisto sambil memandang ke arah Alara yang sedang melambaikan tangannya dari jauh.

Mereka berlima menoleh ke arah Alara yang sedang berada di hujung bangunan sekolah.

          Tanpa menoleh kanan dan diri, Avia melangkah dengan pantas untuk pulang ke rumah sejurus selepas kelas terakhirnya tamat.

          Mereka berlima terus terpandang Avia yang sedang berjalan dengan pantas sebelum Silver berlari ke arah Avia.

          "Hey! Classmate!," jerit Silver sambil berlari ke arah Avia.

          Alara memandang ke arah Avia sebelum dia melangkah ke arah Aaden, Cayden, Callisto dan Javier.

          "Ya? Panggil saya ke?," tanya Avia yang menyedari Silver berlari-lari anak ke arahnya.

          "Hi! I'm Silver Daren. Tadi dalam kelas tak sempat nak cakap hai pun," kata Silver ramah. Senyuman lebar terukir di bibir.

          "Hi. Saya Avia Reana binti Harris. Saya nak kena balik cepat ni. Hari macam nak hujan," kata Avia dengan senyuman manis.

          "Kenapa kalau nak hujan? Ada allergy dengan air ke?," tanya Silver dengan dahi yang berkerut.

          "Bukan macamtu. Nanti basah la saya kalau hujan," kata Avia lembut.

          Aaden hanya memerhati pasangan genius itu dari jauh.

          "Kenapa dengan Sil tu? Takkan baru sehari dah jatuh cinta dekat perempuan bodoh tu?," tanya Alara agak biadab.

          "Diam," kata Aaden tegas.

          Alara hanya mencebikkan bibirnya setelah dimarahi oleh abangnya.

          "Oh you jalan kaki ke? Sorry I tak tahu. I'm new here," kata Silver sambil menggaru belakang kepalanya.

"So you're new here? It looks like I have a new competitor now. By the way, nice to meet you," kata Avia dengan senyuman lebar sebelum dia melambaikan tangan untuk meninggalkan Silver.

          "Eh nak pergi mana? Jomlah tumpang kitorang," kata Silver sambil menunjuk ke arah Aaden, Cayden, Callisto, Javier dan Alara.

           Avia memandang ke arah mereka sebelum dia menunduk selepas menyedari Alara sedang memerhatikannya dengan renungan tajam.

          "Eh takpalah. Saya dah biasa balik sendiri. Lagipun kita tak sama taraf," kata Avia sebelum terus melangkah meninggalkan Silver.

          Silver hanya memerhati pemergian Avia. Tak sama taraf? Kita dua-dua manusia. Sama je.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now