Bab 69

23.5K 1.8K 608
                                    

"Sakit?" tanya Aaden sambil mengelap lengan Airis yang berdarah dek digigit oleh orang gila.

"Tak. Macam kena gigit semut," jawab Airis mendatar. Matanya memandang ke sekeliling. Cayden, Callisto, Javier, Silver dan Alpha sibuk memandang ke arahnya tanpa kata. Masing-masing hanya berdiri dengan kedua belah tangan elok berada di dalam poket seluar.

"Apa kau buat dekat rumah lelaki tu?" tanya Aaden mendatar. Bukan dia tidak perasan jirannya itu merupakan sekumpulan lelaki muda.

"Errr..."

"Dia orang tu abang kau ke?" soal Cayden pula.

"Errr... Bukan macam tu... Saya sebenarnya tak ada rumah," kata Airis sebelum tersengih seperti kerang busuk. Matanya mengecil sejurus selepas senyuman lebar diukir.

Aaden, Cayden, Javier dan Silver terus mengerutkan dahi mereka. Erk?

"Saya hidup menunpang rumah kawan-kawan. Setiap hari saya akan tidur rumah yang berbeza," sambung Airis.

"Duduk rumah lekaki? Kau sorang perempuan?" soal Aaden dengan wajah tanpa reaksi. Dia membalut lengan Airis dengan perlahan.

"Errr... Kan ada perempuan tadi tu! Haa bukannya saya sorang perempuan," kata Airis masih dengan senyumannya.

Callisto hanya menghela nafas berat sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Teruk betul. Kau memang tak pandai menipu.

"Kesiannya... Mesti hidup you lagi susah dari kami, kan?" kata Silver sambil menyeka air mata palsunya.

"Over pula kau ni," kata Cayden kepada Silver. Matanya dijelingkan buat rakannya itu.

"Iya. Hidup saya memang menyedihkan," kata Airis perlahan. Masih dalam lakonannya yang tak berapa nak menjadi itu.

"Habistu abang kau mana? Haritu kau kata kau ada abang," kata Aaden sebelum menutup peti kecemasan milik keluarganya. Peti itu kemudian diletakkan di atas meja kopi. 

"Abang? Al-Fatihah... Abang saya dah takda," kata Airis selamba.

"Aik? Mati dah? Awal sangat mati abang kau ni," kata Cayden sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Tak baik tau cakap macam tu! Kan orang dah arwah tu. Mana boleh Caycay cakap macam tu!" kata Silver dengan dahi yang dikerutkan seribu.

"Kau boleh diam sekejap tak? Nak aku sumbat kaki dalam mulut kau tu ke?" kata Cayden kepada Silver.

Callisto hanya memerhati lelaki berambut hitam itu melangkah ke pagar rumah mereka.

"Err... I come to give back Airis's belonging. She left at my house just now," kata Danial tersangkut-sangkut sambil mengangkat telefon bimbit milik Airis ke udara.

Callisto melangkah ke pagar sebelum dia menyambut huluran Danial.

"Can I know, who you eh? Why Airis run-run away?" kata Danial dengan wajah tidak bersalahnya.

"I can speak in Malay," kata Callisto dingin. Dia tahu lelaki itu sedang mencuba untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana melihat dari gayanya yang sudah pasti orang luar itu.

"Ahh! Nicelah. Boleh tahu encik ni siapa? Kenapa Airis lari dari encik tadi?" tanya Danial yang perasan mereka membawa Airis masuk ke dalam rumah dengan kerelaan gadis itu.

Callisto tidak menjawab malah hanya merenung lelaki itu.

"Errr... Tak apalah. Saya balik dulu," kata Danial yang menyedari jejaka barat di hadapannya itu langsung tidak peramah. Dia terus melangkah pulang ke rumahnya yang berada di hadapan rumah mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now