Bab 4

43.5K 4.7K 3.4K
                                    

Avia mencapai sekeping roti di atas meja kecil yang berada di dalam bilik sewa dia dan bapanya. Dia dan bapanya menyewa bilik di rumah teres yang berada 15 minit jauh dari sekolah. Terdapat penghuni lain juga yang berada di rumah itu tetapi menyewa di bilik yang berlainan. Mereka berkongsi dapur, ruang tamu dan juga bilik air.

"Dah nak pergi sekolah?," tanya Encik Harris sambil mengunyah sekeping roti kosong.

"Haah. Abah nak pergi kerja dah?," tanya Avia lembut.

"Kejap lagi abah pergi. Abah macam tak larat sikit harini. Kamu tu pergi sekolah hati-hati," kata Encik Harris lembut.

"Abah tu hati-hati. Jangan paksa diri kalau abah penat. Abah rehat jelah kat rumah ya? Avia nak pergi sekolah, nak kerja elok-elok, nanti Avia nak bawak abah hidup senang dengan Avia," kata Avia sambil tersenyum lebar.

"Bagus anak abah. Jangan sia-siakan biasiswa yang kamu dapat tu. Bukan senang nak masuk sekolah antarabangsa berprestasi tinggi macam sekolah kamu tu. Abah bangga sebab anak abah dapat pergi ke sana walau kita takda duit," kata Encik Harris sambil tersenyum.

Avia menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayahnya. Benar, dia adalah satu daripada sepuluh pelajar yang telah terpilih untuk mendapat biasiswa penuh dari LWR Group. Syarat mendapat biasiswa adalah dengan mendapat straight As plus dan memohon secara rasmi di laman web mereka.

"Avia akan pastikan Avia berjaya suatu hari nanti!," kata Avia kuat sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Puan Hana sedang berada di ruang tamu rumah yang disewa hanya memandang ke arah Avia dari atas hingga ke bawah.

"Kamu jangan ingat kamu dapat masuk sekolah tu kamu akan berjaya. Kamu tak malu ke duduk dengan golongan jutawan sedangkan ayah kamu tu kerja tetap pun takda?," kata Puan Hana. Sungguh menjengkelkan.

"Apa-apalah makcik. Yang pasti saya tak kacau hidup makcik pun," kata Avia mendatar sebelum terus melangkah keluar dari rumah.

"Eh eh eh. Berlagak betul! Kau takkan berjaya lah budak!," kata Puan Hana kuat.

Avia hanya pekakkan telinganya sebelum terus memulakan perjalanannya untuk ke sekolah.

"Kalau anak aku berjaya suatu hari nanti, kaulah orang pertama yang aku takkan maafkan," kata Encik Harris dari dalam bilik.

"Agak-agak siapa lagi bijak antara aku dengan mat saleh tu? Hmmm," bisik Avia sambil berjalan. Risau jika lelaki itu mampu mengalahkannya dalam akademik.

Selepas beberapa minit...

Avia melangkah masuk ke dalam kelas sebelum dia terus menoleh ke arah Aaden, Cayden, Callisto, Javier dan Silver yang berada di meja Javier dan Callisto. Mereka segak dengan uniform masing-masing ditambah pula tangan yang terletak elok di dalam kocek seluar.

Aaden, Cayden, Callisto, Javier dan Silver terus menoleh ke arah Avia yang baru sahaja membuka pintu kelas.

          "Hi!," kata Silver ramah. Dia terus melangkah ke arah Avia yang masih berada di pintu masuk kelas.

           Aaden, Callisto, Cayden dan Javier hanya memilih untuk memerhati. Kenapa dengan mamat ni? Beria lain macam.

          "Kita belajar sama harini nak? Next week ada exam kan?," kata Silver lembut.

          "Belajar sama? Tapi awak baru je sehari sekolah, macam mana awak nak catch up exam?," tanya Avia lembut.

          "Takpalah. I jawab jelah mana yang I tahu. Sebabtu you kena ajar I. Hihihi," kata Silver sambil menarik lengan Avia untuk masuk ke dalam kelas.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now