Bab 50

24K 2K 542
                                    

Ashron mencelikkan mata sebelum dia menoleh ke arah Silver yang berada di sisi katil.

"Aku kat mana?" tanya Ashron perlahan.

"Neraka," jawab Cayden yang berada di hujung bilik.

Tiba-tiba Ashron menundukkan kepalanya sebelum dia menangis sendiri

"Woi! Aku gurau je! Ni bukan neraka! Tak payahlah nangis!" kata Cayden kuat.

"Aku... Aku... Aku bunuh dia... Aku dah bunuh dia...," kata Ashron sambil memandang tangannya sendiri.

"Tahu. Nampak. Congrats," kata Cayden dengan kedua belah tangan terletak elok di dalam poket seluar.

"Huaaaaaaaa! Huaaaaaaaaa! Daddy! Daddy!" Ashron tiba-tiba menangis dengan teresak-esak selepas mengingat kembali bahawa ayahnya sudah tiada lagi di dunia.

Cayden dan Silver hanya memerhati tanpa kata. Mata tidak berkelip melihat jejaka kacak itu menangis dengan teresak-esak.

Pintu bilik dibuka dengan kasar dari luar sebelum muncul Aaden dan Javier melangkah masuk ke dalam bilik. Hanya Callisto sahaja yang mengikuti ibu bapanya menziarah ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.

"Kau buat apa dekat dia?" tanya Aaden kepada Cayden.

"Apa? Aku cuma cakap congrats je. Dia yang tiba-tiba melalak," kata Cayden sambil mengangkat bahunya.

"Kenapa kau cakap congrats? Bapak dia baru mati tau," bisik Silver kepada Cayden.

"Aku! Erghhh... Ha yalah! Aku salah," kata Cayden sambil melipat tangan ke dada.

"Wahhhhhh! First time Karl Cayden mengalah dan mengaku salah!" kata Silver dan Javier serentak.

"Diamlah. Aku takda mood nak bercakap dengan korang. Aku lapar. Mana Avia? Avia!!! Lapar!!!" jerit Cayden sambil melangkah keluar dari bilik.

Aaden hanya memerhati tanpa kata. Mata dikecilkan sedikit. Asal lapar je cari Avia, asal Avia je cari lapar. Dulu kemain takut mati kalau budak tu masak. Sekarang? Hah, dah jadi mak kau pulak dah.

"Aaden?" panggil Ashron dengan tangisan yang masih bersisa.

Aaden menoleh ke arah Ashron sebelum mengangkat keningnya. "Hm?"

"Mana aunty Rin?" tanya Ashron perlahan.

"Diorang pergi ziarah jenazah atuk, nenek, ayah dengan makcik kau," jawab Aaden mendatar.

"Dalam situasi macam ni, better kau tak perlu pergi. Nanti akan timbulkan masalah memandangkan kau dah bunuh makcik kau," sambung Aaden lagi.

"Duduk jelah dengan kitorang dulu sementara semuanya kembali kepada asal," kata Javier pula.

"Jangan risau! Avia masak sedap!" kata Silver dengan senyuman lebar.

"Kau rehatlah dulu," kata Aaden sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Ashron hanya menunduk tanpa kata. Dia memejamkan matanya sebelum dia memeluk dirinya sendiri. Dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata.

"Din! Avia dengan Lara hilang!" jerit Cayden kuat.

Aaden yang mendengar itu terus berlari turun ke tingkat bawah sebelum memandang ke arah Cayden yang baru keluar dari dapur. Javier dan Silver turut melangkah keluar dari bilik selepas mendengar kekecohan di bawah.

"Kau jangan main-main," kata Aaden mendatar.

"Kau tengok muka aku ni macam tengah main-main ke?!" kata Cayden kuat.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now