Bab 66

34.1K 2.4K 577
                                    

Aaden, Cayden, Callisto, Alpha, Silver dan Javier hanya berdiri dengan tegak di hadapan rumah teres satu tingkat yang berada di hadapan mereka.

     "Great. Sekarang nak park kereta dekat mana?" tanya Cayden yang menyedari rumah itu hanya mempunyai ruang parkir yang muat untuk sebuah kereta sahaja.

     "Aku park dalam. Korang semua park luar," kata Aaden mendatar. Dia membuka pintu pagar sebelum terus melangkah masuk ke dalam pagar rumah.

     "Nope," kata Alpha sepatah.

Mereka semua terus menoleh ke arah Alpha sebelum menoleh ke arah Aaden.

     "Kereta Alpha duduk dalam. Kereta kau duduk luar. Kau sedar tak siapa boss sekarang? Alpha boss," kata Caydeb mendatar.

Aaden hanya menjelingkan matanya sebelum dia terus melangkah ke arah pintu rumah. Pintu dibuka dengan luas sebelum dia mengerutkan dahinya. Kosong. Rumah itu kosong!

     "Kita nak tidur atas apa ni?!" tanya Silver kuat.

     "Nampak gayanya kita kena pergi beli barang-barang dulu," kata Javier pula.

     "Jomlah! Aku dah sakit hati ni!" kata Aaden sebelum dia terus melangkah keluar dari pagar semula.

Mereka semua hanya memerhati Aaden yang sudah naik berang itu.

     "Tunggu apa kat situ?! Korang nak tidur atas lantai lantak koranglah!" kata Aaden sebelum dia terus melangkah masuk ke tempat duduk pemandu Lamborghini Urus miliknya.

     "Dia ni tak rilek betullah," kata Cayden sebelum dia turut melangkah keluar dari pagar rumah. Callisto turut melangkah masuk ke dalam kereta.

Alpha hanya memerhati sebelum dia terus melangkah ke BMW hitam miliknya yang tidak bertutup enjin. Alara yang sedang lena di tempat duduk sebelah hanya dibiarkan sahaja lena di situ.

    Satu jam kemudian...

     Cayden hanya merenung ke dalam anak mata pekerja yang bekerja di kaunter pasaraya Giant itu sebelum matanya berkelip beberapa kali.

     "Seriuslah semua sekali RM2,270?! Bapak mahalnya! Ini baru barang dapur!" kata Cayden sebelum dia menoleh ke arah Aaden yang sedang berdiri di sebelahnya.

     "Macam mana kita nak bayar? Hehehe," kata Silver dengan senyuman lebar.

     "Kau bawa berapa?" tanya Aaden kepada Callisto.

Callisto tidak menjawab malah terus mengeluarkan dompetnya yang bewarna hitam dari poket belakang seluar. Dua puluh keping not 50 dibawa keluar sebelum dihulur ke arah Aaden.

     "Seribu," kata Callisto sepatah.

     "Wah. Kau simpan cash? Bagus betul kau ni. Calon suami yang soleh," kata Cayden mendatar.

     "Okay ngam lahtu. Selebihnya aku tambah," kata Aaden sebelum dia mengeluarkan dompetnya. Dua puluh enam keping not 50 di bawa keluar sebelum dikira kesemuanya sekali dan dihulur ke arah pekerja yang berada di kaunter.

     "Kenapa tak suruh Alpha bayar je?" tanya Alara yang turut berada di situ.

     "Eh kau ni. Kau tak tahu ke si Din ni terlalu ego untuk minta tolong si hantu tu. Jatuhlah maruah Din sebagai seorang CEO," kata Cayden mendatar.

     "Diamlah," kata Aaden sepatah.

     "Eleh. Mengaku jelah yang kau malu nak minta tolong hantu tu kan?" kata Javier pula.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now