Bab 67

21.2K 2.1K 1K
                                    

Aaden melangkah masuk ke dalam Lamborghini miliknya sebelum meter minyak ditenung lama. Sh*t.

Dia melangkah keluar dari kereta semula sebelum dia masuk ke dalam rumah.

"Kereta kau ada minyak?" soal Aaden kepada Callisto yang sedang duduk bersandar di sofa ruang tamu.

Callisto tidak menjawab malah hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kereta Phapha je ada minyak sekarang. Minyak kereta aku pun dah kering mat," celah Cayden yang sedang terbaring di atas karpet.

Aaden terus menoleh ke arah Alpha yang sedang berdiri sambil bersandar pada dinding rumah. Jejaka berambut putih itu hanya merenung ke arah Aaden seperti sedang menunggu lelaki itu meminta bantuan daripadanya.

"Tak apalah. Aku naik teksi je," kata Aaden sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah.

Cayden, Alpha dan Callisto yang berada di ruang tamu hanya memandang ke arah Aaden yang semakin hilang dari pandangan. Ego betul lelaki itu.

Aaden turun dari kereta sebelum dia terus melangkah ke arah Airis yang sedang menunggu di warung tepi jalan. Gadis itu mengerutkan dahinya selepas melihat Aaden turun dari teksi.

"Pinjam RM20 kejap," tanpa salam, tiba-tiba sahaja dia meminta duit dari gadis bermata hazel itu.

"Ha? Nak buat apa?" soal Airis yang jelas tidak mengerti.

"Pinjam jelah. Panjang cerita kalau nak cerita sekarang," kata Aaden mendatar.

Airis tidak membantah malah terus mengeluarkan dua keping not RM10 sebelum dihulur ke arah Aaden. Dua keping not RM10 bertukar tangan. Aaden melangkah ke arah teksi yang dinaiki tadi sebelum dia membayar tambangnya kepada pemandu teksi. Selepas selesai dia membayar tambang, Aaden terus ke arah Airis semula.

"Okay this is weird. A trillionaire like you grab a cab? And ask me for 20 bugs? Tell me everything, Ferdy," kata Airis sambil melipat tangan ke dada.

"Long story," jawab Aaden ringkas.

"Pendekkan"

"Malas," jawab Aaden sepatah.

"Bukan ke awak sepatutnya ada meeting harini?" soal Airis sambil menyuap keropok lekor ke dalam mulut.

Aaden yang mendengar itu terus merenung ke dalam anak mata hazel milik Airis. Kecantikan gadis di hadapannya itu sangat luar biasa. Anak mata bewarna hazel itu menaikkan lagi seri wajahnya yang putih bersih. Sangat sempurna.

"Erk? Ferdy?" Airis mengerutkan dahinya sebelum dia menoleh ke belakangnya. Dia tengah pandang siapa?

"Hm?" Aaden menangkat keningnya sedikit sebelum dia menoleh ke arah bibir Airis yang sibuk mengunyah keropok itu.

"Tak apalah. Lupakan jelah soalan saya tadi," kata Airis sebelum menjelingkan matanya.

"Meeting? Macam mana kau tahu sepatutnya harini aku ada meeting?" tanya Aaden dengan wajah tanpa reaksi.

"Uhuk! Uhuk!" Airis tersedak selepas mendengar soalan dari Aaden. Ya Allah! Kenapa aku pergi tanya soalan yang bodoh!

"I'm asking you, Airis"

"Hah? Saya mengagak je. So, betullah harini awak ada meeting?" dalih Airis.

"Hm. Tapi bapak aku yang pergi meeting tu"

"Kenapa? Awak dah berhenti ke?" soal Airis sebelum dia menghabiskan baki makanan yang ada di atas pinggan.

"Diberhentikan," jawab Aaden sepatah.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now