Bab 11

38.6K 4.5K 4.6K
                                    

Avia hanya mendiamkan diri sejak dia dibawa ke rumah keluarga jutawan itu. Dia dibawa ke sini hanya kerana bapanya tiada di rumah kerana kerja lebih masa demi mencari duit lebih untuk keluarga kecilnya.

Aaden hanya memerhati Avia yang masih diam seperti batu sejak melangkahkan kaki ke rumahnya itu.

"Sampai bila you nak diam je?," tanya Silver kepada Avia. Dia mengambil tempat di hadapan Avia sebelum merenung ke dalam anak mata gadis itu.

"Errr... Saya nak balik... Saya tak mandi lagi dari balik sekolah tadi," kata Avia perlahan.

"Pergilah mandi kat atas. Pakai je baju Alara," kata Javier yang sedang baring meniarap di ruang tamu rumah itu.

"Eh taknaklah. Saya malu," kata Avia perlahan.

"Eleh... Malu ke takut? Takut Lara marah eh?," tanya Javier dengan senyuman nakal.

"Apa sebut-sebut nama Lara ni?," tanya Alara yang baru melangkah turun dari tingkat atas rumahnya.

"Bawak keluar baju-baju yang kau tak pernah pakai," kata Aaden mendatar kepada Alara.

"Nak buat apa?," tanya Alara sebelum dia menoleh ke arah Avia. Ohh dah faham.

"Faham dah? Pergi ambik sekarang," kata Aaden tegas.

Alara hanya menjeling sebelum dia naik ke biliknya semula.

"Eh tak payahlah. Saya nak mandi kat rumah saya. Saya nak balik," kata Avia sambil memandang ke arah Aaden.

"Eh kau ni degil betullah. Haa pergilah balik. Pergilah. Kau ingat Zain and the geng akan lupakan kau macam tu? Nanti kena rogol padan muka. Haa pergilah balik. Ke nak aku bukakan pintu?," kata Javier panjang lebar.

Avia yang mendengar itu hanya menundukkan kepalanya. Dia sendiri berasa takut untuk pulang ke rumah jika tiada siapa yang menemaninya.

"Nah," kata Alara sambil melangkah turun dari tangga. Kedua belah tangannya elok memegang 15 beg kertas pakaian berjenama.

Kesemua beg kertas diletakkan di atas meja ruang tamu sebelum dia menjeling ke arah Avia.

Avia membuntangkan matanya. Semua pakaian berjenama yang tidak pernah disarung olehnya kini berada di depan mata. Gucci, Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Ralph Lauren, Christian Dior dan Versace.

"Allah... Saya taknak semua ni... Saya tak mampu nak pakai barang mahal macam ni," kata Avia sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Pakai jelah. Ni duit bapak aku, bukannya duit aku," kata Alara mendatar.

"Tak boleh... Abah tak bagi ambil barang mahal-mahal dari orang...," kata Avia perlahan.

Aaden hanya memerhati tanpa kata. Haih susah.

"Eh! Kau pergi mandi kat atas sekarang! Ambik baju-baju ni sebelum aku belasah kau kat sini!," kata Alara kuat.

Avia tersentak sebelum dia akur sahaja. Tangannya mencapai beg-beg kertas itu sebelum dia melangkah naik ke atas. Matanya memandang ke sekeliling rumah. Wahhhh... Besarnya rumah ni... Rumah kondo tapi ada dua tingkat dekat dalam! Seronoknya kalau dapat tinggal dekat sini. Untung Alara dapat duduk rumah sebesar ini.

"Apa kau ni kasar sangat? Cakap jelah elok-elok," kata Silver kepada Alara.

"Apa? Geram tau tak. Kalau cakap elok-elok bukannya dia nak dengar pun. Abah tak bagilah bagai," kata Alara sebelum melangkah ke arah Aaden.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now