Bab 36

38.3K 3.6K 409
                                    

Avia melangkah keluar dari rumahnya sebelum dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta Perodua Myvi yang datang menjemput kerana telah dipesan olehnya melalui aplikasi Grab.

Dia berhajat untuk melakukan kerja sambilan sementara dia menghabiskan sisa cuti semesternya di Malaysia. Daripada membuang masa begitu sahaja, lebih baiklah gunakan waktu yang ada itu untuk mencari rezeki.

     Setelah tiba di restoran yang bernama The Restaurant, Avia terus melangkah turun dari kereta. Rambutnya yang tadi dibiarkan lepas terus diikat bun sebelum melangkah masuk ke dalam kedai makan itu. Matanya mencari-cari kelibat pengurus yang ingin berjumpa dengannya sebelum dia memulakan kerjanya sebagai pekerja sambilan di restoran itu.

     "Er... Tumpang tanya, macam mana saya nak jumpa dengan manager?" tanya Avia kepada salah seorang pekerja yang sedang mengangkat pinggan kotor.

     "Awak ada buat appointment untuk jumpa dia ke?" tanya pekerja wanita itu. Gayanya mungkin dalam 30an.

     "Takda. Tapi semalam ada orang call bagitahu yang saya kena jumpa dengan manager dulu sebelum start kerja," jawab Avia ramah.

     "Oh. Kalau macamtu, pergilah naik kat tingkat atas, bilik manager ada kat atas," jawab gadis itu juga ramah. 

     "Oh okay, terima kasih,'" kata Avia sebelum terus melangkah meninggalkan gadis itu. Kaki menuju ke arah lif yang berada di tengah-tengah restoran,

     Ashron yang baru melangkah masuk ke dalam restoran terus terpandang kelibat seseorang. Eh? Macam kenal je?

Avia yang sedang melangkah ke arah lif dipandang lama sehingga gadis itu hilang ke dalam perut lif. Cepat-cepat Ashron melangkah ke arah pekerja wanita yang baru sahaja berjumpa dengan Avia sebentar tadi.

     "Nana, who's that?" tanya Ashron sambil menunjuk ke arah lif.

Gadis yang dipanggil sebagai Nana itu terus memandang ke arah lif sebelum dia menoleh ke arah Ashron semula.

     "I don't know. Dia kata nak jumpa dengan manager. Rasanya pekerja part time kut," jawab Nana yang seperti dapat mengagak kehadiran Avia adalah untuk bekerja sambilan di restoran yang agak mewah itu.

     "Part time?" tanya Ashron sendiri.

     "Iya. Nampak gayanya macam tulah. Kenapa boss?" tanya Nana ramah.

     "Takda apa. Dah, pergi sambung buat kerja," kata Ashron sebelum dia terus melangkah ke arah lif.

     Ashron melangkah ke arah pintu yang tertulis 'Manager' sebelum dia terus membuka pintu itu. Encik Syed terus berdiri selepas menyedari kehadiran Ashron. Avia turut berdiri selepas melihat lelaki 30an itu berdiri.

     "I'll take this, please," kata Ashron sebelum terus melangkah masuk dan terus menuju ke arah meja Encik Syed.

Avia hanya menunduk hormat sebelum dia memandang ke arah Ashron dengan lebih teliti. Aik? Macam pernah nampak dia ni, tapi dekat mana eh?

    "Err... Baik," kata Encik Syed sebelum dia terus melangkah keluar dari pejabatnya.

Ashron terus melangkah ke arah meja kerja sebelum dia mengambil tempat di kerusi yang diduduki oleh Encik Syed tadi.

Avia masih lagi tercegat seperti patung. Dia hanya memerhati lelaki muda yang berada di hadapannya itu. Siapa eh dia ni? Aduh macam mana aku boleh lupa ni?!

     "Have a seat," kata Ashron sambil menunjuk ke ara kerusi. Avia tidak membantah malah terus mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Ashron.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now