Bab 63

25.2K 2.2K 610
                                    

Aaden melangkah masuk ke warung tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman ringan. Semua pengunjung di warung itu memandang ke arah Aaden. Mungkin ianya nampak terlalu janggal melihat mat saleh bawa Lamborghini singgah di warung tepi jalan. Aaden terus terpandang ke arah Airis yang sedang menunggunya di meja paling hujung.

"Hi," tegur Aaden mendatar. Dia mengambil tempat di hadapan Airis sebelum dia terus memandang ke arah air bewarna merah jambu yang berada di atas meja.

"Hi. Saya ingatkan awak sesat tadi," kata Airis dengan senyuman nipis.

"Taklah. Cuma tak sangka kau nak jumpa aku dekat sini," kata Aaden mendatar.

"Kenapa? Awak tak biasa pergi warung tepi jalan ke?" tanya Airis sambil menggigit keropok lekor.

"Tak," jawab Aaden sepatah. Matanya hanya memandang ke arah tangan Airis yang memegang keropok lekor.

"Tak syok lah hidup awak kalau asyik makan dekat restoran mewah je. Cubalah rasa ni. Sedap tau," kata Airis sambil menghulur pinggan yang berisi keropok lekor ke arah Aaden.

Aaden tidak berkata apa malah terus mencapai keropok lekor itu dan disuap ke mulut.

"Cicahlah dengan sos ni," kata Airis sambil menghulur sos merah cair ke arah Aaden.

Aaden hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia mengunyah keropok di dalam mulutnya dengan perlahan. Mata memandang ke arah mangkuk kecil yang berisi ais bewarna merah jambu.

"Tahu tak ni apa?" tanya Airis sambil menunjuk ke arah air batu campur miliknya.

Dengan perlahan-lahan Aaden menggelengkan kepalanya.

"Ni namanya ABC," kata Airis dengan senyumannya yang manis.

"ABC?" Aaden mengerutkan dahinya.

"Ha'ah. Nama panjangnya air batu campur. Awak kena rasa tau. Sedap!" kata Airis lembut.

Aaden terus mencapai sudu sebelum dia menghirup air itu menggunakan sudu.

"Tu air saya. Tapi takpalah, minum jelah," kata Airis sambil menggaru belakang kepalanya.

"Tadi kau yang suruh rasa," kata Aaden mendatar.

"Iyalah. Takpalah, minum jelah. Saya tak kisah pun," kata Airis lembut.

"Nah, ambik balik," kata Aaden sebelum dia menolak mangkuk kecil itu ke arah Airis.

"Awak nak share ke?" tanya Airis dengan dahi yang berkerut.

"Boleh je. Aku tak kisah pun," kata Aaden mendatar. Dia melipat tangannya sebelum diletakkan di atas meja makan. Dia hanya merenung ke arah Airis yang sedang menikmati keropoknya.

"Hm? Makanlah keropok tu. Janganlah tenung saya makan, malulah saya," kata Airis lembut.

"Taknak. Aku dah kenyang"

"Iyalah. Awak berkawan lagi ke dengan kawan awak yang sorang tu. Siapa nama dia? Avia eh?" tanya Airis lembut.

Aaden terus mengerutkan dahinya selepas mendengar soalan yang diajukan oleh gadis itu.

"Avia?" tanya Aaden mendatar.

"Iya. Bukan ke dia girlfriend awak? Ke saya tersalah tengok?" tanya Airis dengan wajah tanpa reaksi.

"Bukan. Kalau dia girlfriend aku, aku takkan keluar dengan kau," kata Aaden mendatar.

"Maknanya dulu awak takda apa-apa dengan dia ke?" tanya Airis lembut.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now