Bab 38

44K 4K 1.4K
                                    

Callisto menghulur telefon bimbit milik Alara je arah abang gadis itu, Aaden Ferdy Louise.

Aaden menyambut huluran Callisto sebelum dia membelek telefon bimbit milik adiknya.

"Macam mana telefon Lara boleh ada dekat rumah Avia?" tanya Javier yang sedang melangkah keluar dari perut kereta.

     Aaden hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan. Sah kita dah kena umpan.

     "Kalau phone Lara ada kat sini, habistu Lara mana?" tanya Cayden pula.

     "Kau nampak muka aku ni macam aku tahu ke?" tanya Javier kepada Cayden.

     "Eh aku tak tanya kaulah manusia," kata Cayden pula.

     "Kita balik," kata Aaden sebelum terus melangkah masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Callisto tidak berkata apa malah terus melangkah masuk ke tempat duduk pemandu.

     "Apa dah jadi?" tanya Avia yang berada di tempat duduk belakang. Aaden tidak mengizinkan dia keluar dari kereta memandangkan mereka tidak tahu keadaan diluar selamat ataupun tidak.

"Shhh... Duduk je diam-diam okay?" kata Aaden mendatar

Mereka semula pulang ke rumah semula selepas mendapat arahan dari ketua mereka untuk pulang ke rumah.

"Apa yang kau fikir?" tanya Javier.

"Satu benda kau kena ingat, sepanjang harini aku tak nampak Silver. Mana budak tu pergi?" tanya Aaden kepada Javier.

"Pagi tadi dia kata dia ada hal, kan?" kata Cayden mendatar.

Avia hanya mengambil tempat di sofa rumah mewah itu. Mata memandang ke arah anak-anak jutawan itu silih berganti. Dalam kalangan mereka, Callisto kelihatan paling tenang dan sentiasa dengan riak wajah yang tiada perasaan.

"Hal?" tanya Aaden mendatar.

"Korang pergi mana tadi?" tanya satu suara dari tingkat atas. Alara melangkah turun dari tingkat atas dengan tangan yang elok memegang satu bag kertas.

Mereka semua terus menoleh ke arah Alara yang sedang menuruni anak tangga. Gadis itu kelihatan tenang dan sihat walafiat.

"Kau pergi mana tadi?" tanya Aaden sambil melangkah ke arah adiknya.

"Oi anak beruk! Sejak bila kau ada kat rumah ni?!" tanya Cayden agak kuat.

"Adoi. Punyalah beria kita risaukan dia. Rupanya ada kat rumah aje!" kata Javier pula.

Avia tersengih melihat keadaan Alara yang baik-baik aje tu. Dia menoleh ke arah Callisto. Jejaka itu sahaja yang tidak beri sebarang reaksi. Terkejut tidak, gembira pun tidak.

"Aik? Patutnya Lara yang tanya abang macamtu! Korang pergi mana tadi?" tanya Alara dengan dahi yang berkerut.

"Kau okay tak?" tanya Aaden sambil menarik tangan adiknya. Tangan Alara dibelek beberapa kali.

Avia hanya memerhati sikap Aaden yang penyayang itu. Alooo... Sayang betul kat adik dia ya.

"Lara okaylah! Korang ni kenapa? Kan pagi tadi Lara dah kata yang Lara pergi keluar dengan kawan. Apa yang korang risaukan sangat ni?" tanya Alara yang masih belum faham dengan situasi di situ.

"Kenapa location kau dekat rumah Avia?" tanya Javier mendatar.

"Haa? Manalah Lara tahu! Yang Lara tahu, phone Lara tercicir masa keluar tadi. Dah cari tapi tak jumpa haa," jelas Alara yang masih tidak faham dengan apa yang berlaku.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now