Bab 31

44.3K 4.3K 2.1K
                                    

     Aaden, Avia, Callisto, Cayden, Silver, Javier dan Alara melangkah turun dari roller coaster yang dinaiki oleh mereka. Kaki terus menurun anak tangga.

     "Seronoknya! Jom naik lagi! Seronok sangat!," kata Avia kuat.

Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di taman tema Times Square yang berada di Kuala Lumpur. Itupun kerana keluarga jutawan itu yang sengaja membawanya keluar bersiar-siar sebelum mereka pulang ke tanah air mereka.

     "Jomlah naik lagi! Jomlah!," jerit Avia kuat.

     "Hoi. Dah sepuluh kali kita naik benda ni. Kepala otak aku ni dah berpusing-pusing tau tak? Aku ni dahlah sediakala bodoh, kang makin bertambah bodoh, kesian dekat mak bapak aku," kata Cayden sambil memandang ke arah Avia.

     "Ala jomlah naik lagi," kata Avia yang sudah mencebikkan mulutnya.

     "Kau gi lah naik sorang. Aku nak pergi beli air. Jom Cay," kata Alara sebelum menarik tangan Cayden dan terus melangkah pergi dari situ.

     "Beli untuk aku sekali!," kata Silver separa kuat.

     "Tak bosan ke?," tanya Aaden yang sedari tadi hanya memerhati.

Perlahan-lahan Avia menggelengkan kepalanya sambil memuncungkan bibirnya.

     "Saya first time datang sini tau. Kat sini seronok sangat."

     "Tak seronok pun. Theme park ni kecik sangatlah. Kau belum pergi theme park dekat U.S lagi. Kat sana lagi seronok tau," kata Javier mendatar.

     "Saya tak mampu nak pergi U.S," jawab Avia perlahan.

     "One day you akan jejakkan kaki kat sana jugak," kata Silver dengan senyuman lebar.

     "Apa maksud awak?"

     "Takda apa. Jomlah main lagi. I teman you," kata Silver sebelum menarik lengan hoodie pink yang dipakai oleh Avia.

     "Yeay! Jom! Ferdy taknak ikut?," tanya Avia sambil memandang ke arah Aaden.

Aaden hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil mengukir senyum nipis.

     "Jom. Jangan tinggal aku dengan dua batu kat sini," kata Javier sambil mengekor langkah Silver dan Avia.

Aaden dan Callisto hanya memerhati mereka bertiga sehingga bayang mereka hilang dari pandangan.

     "Kau dah beritahu dia ke belum yang kita kena balik U.S?," tanya Callisto sebelum mereka berdua mengambil tempat di bangku yang berada di situ.

     "Belum," jawab Aaden sepatah.

     "Bila kau nak beritahu?," tanya Callisto mendatar.

Aaden hanya mendiamkan diri. Soalan dibiarkan sepi tanpa jawapan yang pasti.

"Aku kena balik U.S," kata Aaden mendatar. Matanya dan mata Avia bersabung seketika sebelum Avia menundukkan kepalanya.

     "Kenapa? Kiranya lepasni saya memang dah takkan jumpa korang semua ke?," tanya Avia perlahan. Kakinya menyepak-nyepak batu kecil yang berada di atas tanah.

     "Mungkin kita akan jumpa, tapi bukan dalam masa yang terdekat," jawab Aaden masih mendatar.

     "Sama macam Alpha? Saya dah takkan jumpa korang semua sama macam Alpha lah kan? Korang akan hilang sama macam Alpha?," tanya Avia perlahan.

Hidupnya akan sunyi selepas ini kerana keluarga yang telah menjaganya itu akan meninggalkannya sendiri. Tiada lagi kawan yang mampu membuatkan dia bersemangat untuk datang ke sekolah.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now