Bab 7

39.8K 4.7K 2.6K
                                    

Avia melangkah keluar dari rumah sebelum dia menyarung sandal hitamnya. Dia perlu bekerja sambilan untuk membantu ayahnya mencari duit. Setiap kali cuti sekolah dia pasti akan bekerja sambilan di mana-mana restoran sebagai tukang cuci pinggan.

"Kesian aku tengok kamu ni. Hari sekolah nak kena sekolah. Hari cuti nak kena kerja. Makan pun tak cukup. Haihh," kata Puan Hana yang berada di luar rumah.

"Bisinglah," kata Avia sepatah. Takda mood lah nak layan orang tua ni pagi-pagi hari macam ni.

"Eh eh kurang ajarnya budak sorang ni," kata Puan Hana sebelum Avia melangkah meninggalkannya sendiri di situ.

"La la la la...," Avia menyanyi sendiri sambil berjalan kaki untuk ke restoran yang berada berdekatan dengan sekolah.

Restoran mewah yang berada tidak jauh dari Louise Will. Riverra International School itu sememangnya tempat untuk Avia mencari duit. Walaupun ianya restoran yang mahal, tetapi pemilik restoran itu sentiasa memberi peluang kepada orang susah yang ingin mencari duit.

"Assalamualaikum. Saya dah sampai," kata Avia sebelum masuk melalui pintu belakang restoran.

          "Waalaikumsalam. Masuklah Avia. Harini awak tak payahlah kerja berat-berat. Harini awak jadi waiter je ya?," kata pengurus restoran, Encik Ali.

          "Takpa encik. Saya cuci pinggan macam biasa jelah," kata Avia sambil tersenyum lebar.

          "Saya dah ada pekerja tetap untuk cuci pinggan mangkuk. Jadi awak kerja je sebagai waiter ya?," kata Encik Ali dengan senyuman lebar.

          "Baiklah encik. Terima kasih...," kata Avia sambil menunduk beberapa kali.

"Pergi pakai uniform dekat locker room," kata Encik Ali sambil tersenyum lebar.

Avia hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia melangkah meninggalkan Encik Ali di situ.

          Aaden, Callisto, Cayden, Javier, Silver dan Alara melangkah masuk ke dalam restoran milik ibu bapa mereka sebelum masing-masing mengambil tempat di meja makan.

Mereka berenam baru sahaja pulang dari kelas menembak. Memang sudah menjadi rutin mereka untuk ke kelas menembak pada setiap minggu.

"Lara penatlah bang. Kita macam takda life tau. Masa sekolah, kena pergi sekolah. Masa cuti kena pergi kelas menembak. Lara nak jadi macam budak normal yang lain," kata Alara sambil melentokkan kepalanya di atas meja.

"Rileklah. Tu baru sikit. Kitorang ni? Sekolah, menembak, study. Tu je rutin kitorang tau. Nak keluar jalan-jalan pun tak sempat," kata Javier kepada Alara.

"Apa yang bezanya?," tanya Alara dengan kening yang berkerut.

"Nanti kau tahulah apa bezanya," kata Cayden pula. Benar, terlalu banyak bezanya. Mereka perlu mengikuti pelbagai jenis kelas seperti kelas komputer, kelas business, kelas seni pertahankan diri, manakala Alara hanya perlu ke kelas menembak.

          "Order?," tanya pelayan restoran.

          Seusai makan, mereka sibuk membuka komputer riba dan iPad masing-masing untuk mengulangkaji pelajaran.

          "Abang, soalan math ni macam mana nak buat?," tanya Alara kepada Aaden yang berada di sebelahnya.

          "Tekan kalkulator. Kira satu-satu. Bahagi dengan tambah yang mana kena kira dulu?," tanya Aaden sambil menunjuk ke arah soalan menggunakan pensil.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now