Bab 21

39.6K 4K 2.5K
                                    

Ferris mencelikkan matanya dengan perlahan sebelum dia menoleh ke arah Callisto yang elok berdiri di hujung bilik bersama dengan bapanya. Kedua belah tangan anak-beranak itu terletak elok di dalam kocek seluar.

     "Anak daddy dah bangun?," tegur Aryan sebelum dia terus melangkah ke arah katil Ferris. Callisto juga mendekati katil sebelum hanya memandang ke arah kakaknya.

     "Akak kat mana?," tanya Ferris sebelum dia bangun untuk bersandar pada kepala katil.

     "Rumah daddy. Kenapa akak tak call daddy semalam?," tanya Aryan sebelum mengambil tempat di sisi katil.

     "Ha? Habistu akak tercall siapa semalam?," tanya Ferris dengan dahi yang berkerut. Rasanya semalam dia menekan nombor bapanya semasa di pagar rumahnya itu.

     "Akak tercall Levi," jawab Aryan lembut. Dia mengusap pipi anaknya yang masih berbekas merah dek kerana peristiwa semalam.

     "Akak tercall uncle Levi? Lepastu dia tak beritahu daddy ke?," tanya Ferris mendatar.

     "Lambat lagi dia nak beritahu daddy. Semalam tiba-tiba je trio tu bawak balik kakak ke sini. Terkejut kami semua tau. Mummy dah risau sangat kat kakak sampai dia marah Levi sebab tak call kitorang," kata Aryan masih lembut. Trio yang dimaksudkan ialah Levi, Rayden dan Alpha.

Ferris hanya mendiamkan diri. Baik betul mereka. Jarang mulut berkata-kata tetapi tangan masih melakukan kerja tanpa disuruh.

     "Mana uncle Levi, uncle Ray dengan Alpha?," tanya Ferris perlahan.

     "Tak tahu. Lepas Levi kena marah dengan mummy, diorang terus balik. Balik kemana pun daddy tak tahu. Sampai sekarang tak pernah tahu diorang duduk mana. Alpha jelah yang still ada kat rumah Hay. Kenapa? Kakak nak jumpa dia ke?," tanya Aryan lembut.

     "Akak nak jumpa Alpha," jawab Ferris lembut.

     "Okay," kata Aryan sepatah sebelum dia menoleh ke arah Callisto yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

     "Hm," kata Callisto sebelum dia terus melangkah keluar dari bilik.

Pintu bilik dibuka dari luar sebelum Avrin melangkah masuk dengan tangan yang elok memegang dulang berisikan bubur yang baru dimasak olehnya untuk anak gadisnya itu.

     "Anak mummy dah bangun? Macam mana rasa kepala tu? Pening lagi tak? Akak nak makan apa-apa tak? Nak mummy masakkan?," bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Quin Avrin. Sungguh dia risau dengan anak gadisnya itu.

     "Ish mummy ni. Dahlah tu. Akak okay jelah. Akak kan dah besar," kata Ferris sebelum tersenyum lebar.

Avrin meletakkan dulang yang dipegang di atas meja sebelum dia mengambil tempat di sisi katil. Dahi anak gadisnya dicium berkali-kali.

     "Mummy dah hilang kembar kamu dulu. Mummy taknak kehilangan kamu pula kalini," kata Avrin lembut. Tangannya mengusap lembut rambut anak gadisnya.

     "Sebabtu akak nak jadi budak normal. Ferris taknak terjebak dengan semua ni. Fellen mati depan mata akak," kata Ferris mendatar.

     "Daddy suruh masuk kelas pertahankan diri, kan? Kenapa akak taknak dengar cakap daddy? Kalau kami dah balik US nanti, siapa nak jaga akak?," celah Aryan lembut.

     "Mummy nak akak ikut kami balik US," kata Avrin dalam nada tegas.

     "Haa? Mana boleh mummy! Akak tengah study kat sini, kan? Biarlah akak habiskan study akak dulu," kata Ferris dengan dahi yang berkerut.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now